suria

Lama menyepi sejak suami muflis, Nadya Syahera kini tauke sambal petai

Nadya dan suami bahagia hidup sederhana.

SEJAK kecoh isu suaminya diisytihar muflis tahun lalu, pelakon Nadya Syahera seolah-olah lenyap dari dunia seni.

Sudah berpindah ke Kelantan bersama suami dan anak-anak, Nadya, 32, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sibuk dengan perniagaan menjual sambal petai.

Nadya memberitahu perniagaan itu dijalankan bagi meringankan beban suaminya iaitu Fizul Nawi yang kini sedang berusaha melangsaikan hutang sejak muflis.

nadya 11

Nadya sentiasa mempromosikan sambal petainya di TikTok.

“Bisnes sambal petai ini saya buat bagi membantu menambah pendapatan kami sekeluarga sejak berpindah ke Kelantan.

“Ini juga salah satu cara saya meringankan beban suami agar dia boleh fokus bayar hutang-hutang sedia ada,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Nadya berkata walaupun kehidupan mereka sederhana namun lega apabila suaminya komited melunaskan semua hutang dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nadya Syahera bankrap, jual semua aset bayar hutang... Nasib ada motosikal EX5 buat hantar anak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Nadya Syahera stres suami terlalu sibuk, rasa diri tidak dipedulikan... Sudahnya anak-anak jadi mangsa lepas geram

Berniaga sambal petai juga memberi ketenangan pada Nadya daripada terus berfikir tentang masalah dihadapi mereka ketika ini.

“Alhamdulillah permintaan pelanggan terhadap sambal petai memang mengalakkan dan boleh bantu bayar apa perlu.

“Saya mungkin tak boleh tolong bayar semua hutang suami tapi sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban dia.

“Mental saya juga lebih tenang dan masalah mula selesai sedikit demi sedikit,” jelasnya.

Insya-Allah tahun ini kalau ada tawaran dan masa sesuai.

NADYA SYAHERA

PELAKON

Sementara itu, Nadya yang hampir tiga tahun tidak berlakon memberitahu masih mendapat tawaran daripada syarikat produksi walapun terpaksa menolak.

Bagaimanapun kata Nadya, tahun ini dia akan pertimbangkan tawaran yang datang bagi melepaskan rindu berada di set penggambaran.

“Sebelum ini saya terpaksa tolak sebab sibuk uruskan suami dan anak-anak selain perniagaan sambal petai.

“Insya-Allah tahun ini kalau ada tawaran dan masa sesuai, saya akan kembali berlakon dalam satu atau dua buah drama,” ujarnya.

nadya 1

Nadya bahagia bersama suami dan tiga orang anaknya.

Pada Mac tahun lalu, Fizul mendedahkan dia muflis sejak 2022 dan terpaksa menjual semua aset dimiliki bagi melangsaikan hutang-hutangnya.

Untuk rekod, Nadya atau Nadya Syahera Rosli dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 10, Mohammad Dayyan, 9 dan Muhammad Barr Adam, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain