USAHA pelawak Vicha Saywho ingin menambah cahaya mata menyebabkan berat badannya naik mendadak.
Kata Vicha atau Refika Novianti Faturohman, 37, berat badannya itu bertambah selepas dia membuang alat pencegah kehamilan yang digunakan sebelum ini dan mula mengambil pil hormon bagi meningkatkan kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil.
Menurutnya lagi, penambahan berat itu turut mengundang masalah kesihatan lain sehinggalah dia nekad melakukan pembedahan bariatrik buat kali kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada Ahad.
Vicha dan suami (kiri) rancang untuk menambah cahaya mata.
"Sebenarnya saya dan suami sudah merancang untuk timang cahaya mata lagi. Jadi selepas saya membuka alat pencegahan hamil (IUD) dan makan pil hormon untuk lebih subur, tapi dalam setahun ini berat badan saya semakin naik.
"Saya diet pun tak menjadi. Kadang turun sekilo atau dua kilogram, kemudian berat naik semula. Ada satu malam itu saya sesak nafas dan suami mula risau.
"Suami bawa saya ke hospital dan memang doktor menasihati saya untuk turunkan berat badan," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Nigeria lebih penyayang, Vicha tolak cinta jejaka Melayu
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak duit syiling berterabur depan gerai, Vicha baru tahu itu cubaan sihir... “Tapi hantu Indonesia lagi seram”
Dalam pada itu, Vicha memberitahu pada mulanya dia agak khuatir untuk melakukan pembedahan bariatrik kali kedua namun selepas meminta nasihat daripada pakar, pelawak berkenaan yakin dengan keputusannya itu.
"Bila difikirkan semula saya risau juga boleh ke buat pembedahan bariatrik ini sebanyak dua kali. Saya banyak melakukan carian di internet dan ternyata ia dibolehkan.
"Saya berjumpa dengan doktor pakar untuk membincangkan masalah ini dengan lebih lanjut dan Alhamdulillah selepas pemeriksaan doktor memberitahu saya boleh melakukan prosedur ini untuk kali kedua," ujarnya.
Saya diet pun tak menjadi. Kadang turun sekilo atau dua kilogram, kemudian berat naik semula.
VICHA SAYWHO
PELAWAK
Lebih menguatkan lagi keputusan untuk melakukan pembedahan ini, Vicha memberitahu berat badannya kini sudah kembali seperti sebelum dia menjalani bariatrik pada 2018.
Kata Vicha, semasa melakukan pembedahan pertama tujuh tahun lalu, berat badannya menurun sekitar 25 kilogram.
Namun kini, berat badan pelawak itu mencecah 130 kilogram melebihi berat asalnya sebelum melakukan pembedahan bariatrik pertama.
Vicha nekad untuk menurunkan berat badan.
"Pertama kali saya melakukan bariatik pada 2018, saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 25 kilogram, tetapi selepas enam bulan saya disahkan hamil.
"Sejak itu berat badan mula naik sedikit demi sedikit dan kini berat saya sudah mencecah 130 kilogram sama seperti sebelum saya melakukan bariatrik," katanya.
Untuk rekod, Vicha mendirikan rumah tangga dengan lelaki asal Nigeria iaitu Johnson pada Ogos 2018.
Vicha mengakui berat badannya naik mendadak selepas mengambil pil hormon.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide yang kini berusia lima tahun.
Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Aurel Angelina Kheyza, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
Kesemua anaknya masih berada di Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!