DALAM diam penyanyi Luqman Faiz menderita penyakit mistik sehingga menyebabkan dia mengalami perubahan pada diri termasuklah sering sakit.
Kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, dia menanggung derita itu selama tiga bulan sebelum mendapatkan bantuan rawatan Islam.
Menurut Luqman, hanya ahli keluarga sahaja mengetahui gangguan dialami itu dan dia enggan berkongsi kepada umum.
Luqman tenang berdepan dengan gangguan mistik.
"Saya alami demam berulang kali selama tiga bulan, bila pergi berjumpa doktor mereka kata saya demam biasa. Memang pelik rasanya.
"Setiap kali saya nak buat persembahan rasa gemuruh sangat teruk... tak pernah saya rasa seperti itu. Rezeki pun terasa sempit sangat.
"Sepanjang itu juga saya rasa diperhatikan selain tidur kena hempuk di belakang kepala. Saya mudah rasa tertekan, menangis tanpa sebab dan sentiasa rasa keseorangan," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mana nak letak muka?” - Luqman Faiz terpaksa bersuara selepas ramai persoal seksualiti, video tersebar punca fitnah
ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz bengang video di gim jadi bualan lelaki songsang, diganggu kiriman foto tidak senonoh... “Aku straight!”
Berkongsi lebih lanjut, Luqman berkata dia mendapatkan rawatan perubatan Islam sejak dua bulan lalu selepas abangnya melihat perubahan dirinya itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelaku berkenaan malah memilih untuk memaafkannya.
"Dua bulan lepas saya buat rawatan itu selepas abang saya syorkan pergi dapatkan rawatan, dia kata saya tidak nampak macam diri saya. Saya sebenarnya tak terfikir pun.
Saya mahu hidup seperti manusia biasa sahaja.
LUQMAN FAIZ
PENYANYI
"Perawat itu pun ada memberi bayangan siapa pelaku tapi saya lebih selesa untuk simpan sendiri. Lagi pun saya juga sudah tidak berkawan dengan dirinya.
"Rawatan itu berjalan selama 20 hari, saya kena mandi air bacaan selama itu," ujarnya.
Kata Luqman selepas mendapatkan rawatan, dia mula merasakan perubahan dan menjalani kehidupan lebih tenang.
Luqman syukur kehidupan kembali normal.
Meskipun kejadian tersebut memberi pengajaran kepada dirinya, dia bagaimanapun memilih untuk melalui kehidupan seperti biasa.
"Alhamdulillah sekarang semakin baik dan tenang... rezeki juga semakin lancar. Semuanya atas izin Allah SWT.
"Saya mahu hidup seperti manusia biasa sahaja, saya percaya semua berlaku atas izin Allah SWT jadi lalui macam biasa tanpa perlu berhati-hati," katanya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!