suria

Dijodohkan dengan Fattah, Erma Fatima tak ambil hati gurauan Rosyam Nor... Kasihan suami bakal bernasib malang

Erma sudah tutup pintu hati untuk berumah tangga.

MENGANGGAP Datuk Rosyam Nor hanya bergurau, pengarah dan penerbit Erma Fatima tidak terasa hati apabila diusik oleh sahabatnya itu yang mahu menjodohkan dia dengan Fattah Amin.

Kata Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 56, dia cukup mengenali Rosyam dan sudah terbiasa menerima usikan daripada pelakon itu.

"Rosyam itu bergurau senda sahaja, Fattah pun tidak teringin dengan saya. Ramai lagi wanita lain yang dia boleh kahwin.

erma 2

Gurauan Rosyam dan Erma jadi bualan netizen.

"Saya kenal perangai Rosyam dan langsung tidak ambil hati dengan gurauan dia.

"Dia memang begitu di luar pun sememangnya bergurau kasar. Saya anggap itu memang gurauan dan suka menyakat," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ditanya mengenai kenyataannya yang sudah tidak bernafsu untuk berkahwin lagi, Erma berkata di usianya kini dia sudah tidak memikirkan soal jodoh selepas berpisah dengan Bade Azmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima terima diboikot rakyat Singapura, mengaku silap keluar kenyataan ketika emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Perbuatan Sarah Yasmine tetap salah, Erma Fatima mohon maaf kepada penduduk Singapura

"Memang tidak ada dalam senarai hidup saya sekarang ini. Umur saya sudah 56 tahun, perkara (berkahwin lagi) itu sudah tidak penting untuk saya.

"Saya tiada masa untuk bercinta dan berfoya! Sebab hidup saya dari pagi ke malam adalah kerja dan keluarga. Saya tak rasa boleh jumpa seorang lelaki sebaik Bade," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erma memberitahu dia sedang sibuk menjalani penggambaran dua buah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Lebih baik tak payah sebab kasihan dekat lelaki yang menjadi suami saya.

ERMA FATIMA

PENGARAH/PENERBIT

Memandangkan dirinya sibuk dengan kerjaya, Erma mengakui bimbang jika perkara itu hanya akan menyusahkan lelaki berkenaan kelak.

"Lebih baik tak payah (kahwin lagi) sebab kasihan dekat lelaki yang menjadi suami saya itu nanti. Dia terpaksa berkongsi saya dengan kerja.

"Saya rasa itu tidak betul. Malang nasib lelaki itu nanti. Kasihan!" ujarnya.

553 (7)

Erma selesa hidup bersendirian tanpa suami di sisi.

Sebelum ini, tular perkongsian video di aplikasi TikTok milik pelakon Umie Aida yang memaparkan Rosyam berseloroh mencadangkan Fattah Amin berkahwin dengan Erma.

Malah Erma juga membalas gurau berkenaan dengan memberitahu nafsunya sudah tertutup untuk mengahwini mana-mana lelaki.

Dia juga meminta agar Rosyam melupakan niat baiknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain