suria

Nora Ariffin dakwa diekori 2 lelaki selepas beli pisang goreng, menggeletar sebab panik

Nora menggeletar disebabkan panik selepas dakwa diekori dua lelaki tidak dikenali.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin berdepan detik cemas apabila mendakwa diekori dua individu lelaki tidak dikenali selepas membeli pisang goreng.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata, ketika kejadian dia seorang diri sebelum menyedari sebuah kenderaan pacuan empat roda mengekorinya ketika dia berjalan kaki ke keretanya.

Cerita Nora, dia kemudiannya bergegas masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu sebelum kereta berkenaan berhenti di belakang kenderaannya sehingga membuatkan dia panik.

NP - 2025-01-17T103550.578

Nora panik selepas mendakwa diekori dua lelaki tidak dikenali.

"Saya tengok cermin, saya nampak dua orang lelaki berbadan agak besar. Saya cepat-cepat baca doa pendinding diri dan minta pertolongan daripada Allah.

"Dalam seminit selepas itu, mereka terus pergi dan saya pun segera tinggalkan tempat itu," katanya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Nora berpesan kepada kaum wanita di luar sana akan sentiasa berhati-hati dan amalkan bacaan doa sebagai pendinding untuk terhindar daripada perkara buruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin beri persembahan bertenaga sempena konsert 30 tahun, istimewa duet bersama arwah suami guna AI

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nora Ariffin pilih jalan matang selepas dinasihat suami, enggan berbalah isu keluarga

Malah selepas insiden yang terjadi, Nora memberitahu keadaan dirinya yang masih menggeletar disebabkan panik.

"Moralnya, saya nak pesan kepada kaum wanita, tolong berhati-hati di luar sana. Kita tak tahu apa akan jadi. Perlu sentiasa berjaga-jaga, amalkan doa pelindung diri dengan izin Allah.

"Tadi saya memang berharap pada Allah sahaja sebab seorang diri, Alhamdlulillah syukur tapi masih menggeletar sebab panik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain