GOSIP mendakwa pelakon Emma Maembong sudah menamatkan zaman janda dengan seorang deejay kelab malam adalah tidak benar.
Kakak Emma iaitu Shikin Maembong, 42, bagaimanapun tidak menafikan aktres itu sedang berkawan dengan lelaki dimaksudkan namun dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
"Dia memang sedang berkawan, biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan berkahwin pun.
Gosip pernikahan Emma dengan deejay tidak benar.
"Kami adik-beradik memang rapat, masing-masing berkawan dengan siapa pun kami akan kongsi bersama.
"Apabila gosip ini keluar, saya tahu dia memang sedang berkawan tetapi kahwin itu tidak ada," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Shikin menjelaskan jika benar Emma mahu mendirikan rumah tangga aktres itu pasti akan memaklumkan hasratnya kepada semua adik-beradik.
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dedah sudah bercerai, selesai jalani tempoh idah
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Orang ketiga bukan punca cerai, Emma Maembong anggap sudah tiada jodoh dengan bekas suami
Jelas Shikin, Emma tidak akan membuat keputusan dengan membelakangkan keluarga malah akan merujuk adik-beradik terlebih dahulu.
"Sebenarnya berita ini (pernikahan Emma) memang buat saya terkejut sebab kalau apa-apa perancangan fasal perkahwinan sudah tentu kami adik-beradik akan dimaklumkan terlebih dahulu.
"Emma memang jenis seperti itu sebab kalau apa-apa dia akan rujuk kepada kami adik-beradik.
Dia memang sedang berkawan, biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan berkahwin pun.
SHIKIN MAEMBONG
KAKAK EMMA MAEMBONG
"Apa saya boleh katakan, berita perkahwinan Emma itu tidak benar. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba pula keluar cerita seperti itu. Terkejut juga," ujarnya.
Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.
Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Shikin (kanan) mengakui Emma (kiri) sering mengutamakan keluarga sebelum membuat keputusan.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!