PELAKON Farid Kamil melantik peguamnya sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes penceraiannya dengan isteri iaitu Diana Danielle.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, proses JKP akan berlangsung di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak mengenainya disebut pada 24 Mac depan.
Jelas Fakhrul, sepanjang tempoh itu juga, ruang perbincangan di antara kedua-dua belah pihak sentiasa terbuka sekiranya mereka ingin berdamai atau pun berbaik semula.
"Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac 2025.
Laporan JKP Farid dan Diana didengar pada 24 Mac depan.
"Jika kedua-dua mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri.
"Apa-apa pun kita tunggu sahaja proses seperti mana diarahkan oleh mahkamah," katanya kepada pemberita.
Fakhrul dan Farid, 44, ditemui pemberita ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Farid kekal dengan pendirian untuk tidak menceraikan Diana dan berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik menerusi proses JKP.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil tak zalim terhadap isteri, yakin Diana Danielle masih sayang
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada halangan jumpa anak-anak, Farid Kamil pilih bersendirian ‘cari’ jawapan
"Saya mengharapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan pendirian masih kekal (bersama Diana)," ujarnya.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!