suria

Danial Kifli impi lagu masuk AJL tapi takut orang tak kenal, terkilan suara disamakan Haqiem Rusli

Daniel terkilan orang mengetahui lagunya tetapi tidak mengenali dirinya.

MEMASANG impian untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Danial Kifli bagaimanapun mengakui gementar dan kurang yakin untuk bertanding dalam acara berprestij itu.

Menurut Danial atau Muhammad Arif Danial Kifli, 22, kerisauan utama datang daripada penerimaan orang ramai yang mungkin mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang penulis lagu baharu yang masih belum dikenali.

Justeru itu, dia perlu mempersiapkan diri secukupnya sebelum melangkah ke pentas AJL dan berentap dengan ramai nama besar lain.

Untitled design (1)

Danial berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single Jauh.

"Perancangan nak membawa lagu Jauh ini ke AJL itu ada. Ia impian setiap penyanyi. Tetapi apabila saya tengok saingan lagu-lagu di AJL, tidak mengapalah. Saya menyusul kemudian.

"Saya takut orang akan mempersoalkan siapa saya. Kekuatan dari segi lagu, saya adalah penulis baharu, orang tidak mengenali saya.

"Saya boleh nak masuk AJL, tetapi takut saya tidak memiliki kekuatan untuk menghadapinya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu stesen radio tak pandang Danial Kifli, sekarang trending di YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kena tinggal dengan wanita, lagu ‘Musnah’ kisah sebenar cinta tak kesampaian Danial Kifli

Danial berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Muzik Video lagu barunya berjudul Jauh di Juff Coffee, Southville City pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Danial turut meluahkan rasa terkilan apabila dirinya sering disamakan dengan penyanyi Haqiem Rusli.

Mengakui menjadikan Haqiem sebagai inspirasi, Danial bagaimanapun menegaskan tone dan cara nyanyian mereka adalah berbeza serta masing-masing memiliki identiti tersendiri.

Saya takut orang akan mempersoalkan siapa saya

DANIAL

PENYANYI

"Sebagai seorang penulis dan penyanyi lagu, saya agak terkilan apabila ramai yang samakan saya dengan Haqiem Rusli. Bagi mereka, suara kami seakan sama. Saya kurang bersetuju.

"Tahap Haqiem jauh lebih tinggi. Saya pula baru nak menapak dalam bidang seni. Saya pernah berborak dengan guru vokal, kebanyakannya berkata tone suara kami tidak sama.

"Mungkin orang sudah terbiasa mendengar lagu-lagu Haqiem dan bila dengar lagu saya, mereka ingat sama. Saya mendengar lagu-lagu Haqiem sejak kecil. Cara nyanyian kami juga berbeza," ujarnya.

Untitled design (2)

Danial akui menjadikan Haqiem Rusli sebagai inspirasinya.

Dalam perkembangan lain, Danial baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Jauh yang merupakan hasil ciptaan komposer Sang Ritma dengan sentuhan lirik dan melodi daripada Danial sendiri.

Single Jauh ini merupakan yang keempat selepas kejayaan lagu-lagu sebelumnya seperti Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah.

Lagu Jauh sudah boleh didengar di semua platform digital dan video muzik dilancarkan menerusi laman YouTube Awal Muzik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain