suria

Adi Putra degil tetap nak kerja walau sedang sakit, berehat apabila sudah tiba ajal

Adi tidak mahu hampakan peminat yang banyak memberi sokongan.

TEGUH berpegang prinsip memikul amanah dan tanggungjawab sebaiknya, pelakon Datuk Adi Putra sanggup mengetepikan masalah kesihatan yang dialami untuk terus bekerja dan meneruskan penggambaran drama.

Mengakui dirinya seorang yang degil, Adi atau Muhame Hadi Putera Halim, 44, memberitahu dia juga tidak mendengar nasihat doktor yang meminta untuk berehat selepas terkena jangkitan kuman pada paru-paru sejak Disember lalu.

Malah baginya hanya maut yang boleh meletakkan tanda nokhtah dalam perjuangan mencari rezeki.

adi putra 2

Adi masih mengalami kesukaran bernafas ketika di lokasi penggambaran.

"Saya berpegang pada prinsip bahawa amanah perlu digalas dengan sempurna. Walau bagaimana keadaan sekalipun saya hanya mampu meminta kekuatan dari Allah agar semuanya dipermudahkan.

"Jujur kata saya memang degil sebab doktor sudah pesan untuk rehat. Tetapi jika saya tidak buat siapa yang nak laksanakan.

"Selagi saya bernafas, kena usaha untuk bekerja dan mencari ilmu. Saya hanya akan rehat bila menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jangkitan kuman paru-paru Adi Putra belum sembuh, berserah sepenuhnya pada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Baru keluar hospital, Adi Putra terus masuk set penggambaran sambung kerja

Adi ditemui semasa majlis pelancaran koleksi kurta Adi Putra X Qalee Eksklusif yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pelakon ini juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Sekam Di Dada yang dijangka bakal ditayangkan di saluran TV3 sempena bulan Ramadan nanti.

Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Adi berkata dia masih mengalami kesukaran bernafas dan masih bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital.

Selagi saya bernafas, kena usaha untuk bekerja dan mencari ilmu

DATUK ADI PUTRA

PELAKON

"Masih ada rasa sakit termasuk sukar bernafas, tetapi syukur ia dapat dikawal. Syukur dalam keadaan kurang sihat ini dan berpegang pada prinsip sendiri, penggambaran sudah hampir tamat.

"Saya juga tidak sebarang pantang larang, hanya berdoa kepada Allah kerana Dia yang memberi segalanya.

"Setiap sakit itu adalah penghapus dosa. Saya tidak tahu apa rahsia di sebalik semua ini. Saya hanya melalui dengan tabah agar segala urusan dapat disempurnakan," jelasnya.

adi putra 3

Adi tampil berkolaborasi bersama Qalee Eksklusif untuk koleksi kurta.

Sementara itu bercakap mengenai kolaborasi bersama Qalee Eksklusif, Adi berkata ini merupakan satu cara untuk dia memperkenalkan satu jenama yang mungkin tidak dikenali ramai.

Malah dia sanggup menolak beberapa tawaran jenama lain demi kerjasama antara mereka.

"Mungkin ada empat atau lima tawaran produk yang saya tolak sebelum ini. Kerjasama ini bukan untuk bersaing, tetapi dengan harapan dapat memperkenalkan satu jenama baru dalam pasaran.

Penjualan koleksi kurta ini sudah mula dilancarkan di aplikasi TikTok dan bakal berada secara fizikal di butik yang tertelak di Masjid India, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain