PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kecewa kerana kerap menjadi mangsa 'face shaming' daripada rakan rapat disebabkan penampilannya semasa hamil.
Cerita Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, rakannya itu datang melawatnya di rumah dan terkejut dengan penampilannya yang agak berisi kerana sedang sarat mengandung.
Lebih sedih lagi apabila rakannya itu turut membandingkan Atikah dengan wanita hamil lain sekali gus membuatnya terasa hati.
Atikah kecewa dengan kelakuan kawan baik.
"Baru-baru ini ada kawan rapat saya datang rumah. Tika lama tak jumpa dia lah, tiba dia nampak saya, dia cakap... wow, tak lama nak bersalin ke ini?.
"Saya cakap Mac bersalin Insya-Allah. Lepas itu kan dia boleh cakap... saya ada kawan ini walaupun dia mengandung, dia nampak cantik sangat-sangat, nampak glowing. Biasalah sebab awak kan anak perempuan, akan tarik seri mak dia.
"Saya tak pasti sebab dia cakap macam itu. Tapi rasa macam dia sengaja cakap saya buruk sangat waktu mengandung ini," luahnya di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang bayi perempuan, Atikah Suhaime harap anak kahwin dengan putera raja
ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari jatuh cinta, Atikah Suhaime syukur dapat suami sempurna
Kata Atikah, disebabkan kejadian berkenaan membuatkan dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga berbanding rakan-rakannya.
Jelasnya, kejadian seperti ini kerap berlaku sehingga membuatkan dia kurang berkeyakinan untuk berkawan.
"Sebab itu saya jarang lepak dengan kawan-kawan. Selalu saya lepak dengan Amir, adik ipar yang lain semua. Ataupun kalau keluar pun selalu dengan ibu mertua saja.
"Saya rasa bila lepak dengan kawan, mesti saya akan cepat terasa. Ada saja yang saya rasa tak gembira. Mungkin saya tak reti berkawan.
Atikah anggap dirinya tidak pandai berkawan.
"Itu yang saya kagum macam mana orang lain boleh simpan kawan ramai-ramai. Tapi saya kalau lepak dengan kawan asyik rasa sakit hati saja," ujarnya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!