IMPIAN penyanyi Ronnie Hussein berentap merebut gelaran juara Gegar Vaganza 11 (GV11) nampaknya tidak kesampaian apabila dia tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.
Ronnie atau Shahron Hussein, 44, tersingkir selepas mendapat markah tercorot daripada barisan juri profesional.
Juri tetap, Hetty Koes Endang menyifatkan persembahan pusingan pertama daripada Ronnie menerusi lagu Revolusi nyanyian asal Bunkface cemerlang.
Ronnie terpaksa akur terkandas di peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun ketika menyampaikan lagu dipopularkan oleh Rem berjudul Impian Cinta, Ronnie kelihatan terlalu berhati-hati.
“Persembahan lagu rancak memang makanan kamu tapi lagu pertama nampak sangat berhati-hati,” katanya.
Pada peringkat separuh akhir itu menyaksikan penyanyi Dadali Dyrga berjaya mencatat markah tertinggi sekali gus menjadi juara mingguan buat kali pertama selepas 11 minggu bersaing.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke final terkubur, Fairuz Selamat akhirnya tersingkir GV11
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 8 minggu, giliran Arrora Salwa tersingkir GV11
Lima lagi peserta lain layak ke peringkat akhir adalah Ning Baizura, Liza Aziz, Zehra Zambri, Sheila Abdul dan The Lima.
Dalam pada itu, Liza Aziz diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi dan manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak milik Ronnie Hussein mengikut undian peminat.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad boleh ditonton menerusi Astro Ria (104) pada setiap Ahad pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!