BIARPUN gagal mara ke pusingan akhir, pemyanyi Ronnie Hussein bersyukur rezekinya semakin bertambah selepas menyertai program Gegar Vaganza 11 (GV11).
Ronnie atau Shahron Hussein, 44, berkata, jadual kerjanya juga agak padat malah banyak menerima undangan nyanyian sehingga bulan Ramadan nanti.
“Alhamdulillah, impak selepas masuk GV ni sangat positif buat diri saya.
GV11 beri impak besar buat Ronnie.
“Ada beberapa tawaran kerja buat saya dan setakat ini jadual memang agak padat sehingga bulan puasa nanti,” katanya kepada mStar.
Ronnie berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir GV11 di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Dalam pada itu, kata Ronnie pengikut di media sosialnya juga semakin bertambah selepas bergelar peserta GV11.
ARTIKEL BERKAITAN: Ronnie Hussein tersingkir separuh akhir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara GV11
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih arwah ibu tak sempat lihat Ronnie Hussein di pentas GV11, akui sukar nyanyikan lagu baharu
Jelas bekas vokalis Hyper Act itu, ia boleh dilihat dengan ketara apabila komen dan tanda suka makin banyak terutama di aplikasi TikTok dan Instagram.
“Selepas masuk GV ni pengikut saya di media sosial naik dengan sangat drastik.
“Puluhan ribu juga pengikut saya naik di TikTok dan Instagram, dari segi komen dan tanda suka pun semakin meningkat,” jelasnya.
Ronnie tersingkir pada malam separuh akhir GV11.
Pada konsert akhir GV11 nanti bakal memperlihatkan enam peserta akan berentap merebut gelaran juara.
Mereka ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Dadali Dyrga, Sheila Abdul, Zehra Zambri dan The Lima.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad boleh ditonton menerusi siaran Astro Ria (104) pada setiap Ahad pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!