suria

Dadali Dyrga terkejut ‘kembar’ datang konsert GV11, ada rancangan berlakon bersama Shahrol Shiro

Dyrga terkejut Shahrol hadir pada malam konsert separuh akhir GV11.

BAGAI pelanduk dua serupa, penyanyi Dadali Dyrga terkejut apabila pelawak Shahrol Shiro hadir memeriahkan konsert separuh akhir program Gegar Vaganza ke-11 (GV11) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kata Dyrga atau Dyrga Pratama, 35, sebelum ini dia ada mempelawa Shahrol untuk hadir ke GV11 namun pelawak itu menolak atas faktor kekangan kerja.

"Terkejut saya lihat di atas pentas ada orang mirip saya sebelum buat persembahan, rupanya Shahrol.

NP - 2025-02-03T120418.999

Dyrga ketika melakukan persembahan pada komsert separuh akhir GV11.

"Kami ada komunikasi sebelum ini dan saya ajak dia datang tapi dia kata tak boleh, bila tiba-tiba Shahrol berada di atas pentas saya memang tak sangka.

"Malah isteri Shahrol pula kata kalau saya kurus sedikit akan lebih mirip suaminya," katanya kepada mStar.

Dyrga berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir GV11 yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Dalam pada itu, Dyrga berkata Shahrol mempunyai perancangan untuk dirinya selepas tamat program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronnie Hussein tersingkir separuh akhir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Ronnie Hussein mencurah selepas masuk GV11, pengikut media sosial pula bertambah

Malah, mereka bakal bergandingan dalam sebuah filem pada Mei depan.

“Ada perancangan Shahrol nak bawa saya jelajah ke tiga buah negeri.

“Insya-Allah juga kami akan berlakon filem jika ada rezeki.

“Pada bulan Mei nanti kami akan mengadakan perbincangan untuk penulisan skrip,” jelasnya.

NP - 2025-02-03T120437.309

Shahrol memeriahkan konsert separuh akhir GV11.

Selain Dyrga, pada konsert akhir GV11 nanti memperlihatkan lima lagi peserta lain akan berentap merebut gelaran juara.

Mereka ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdul, Zehra Zambri dan The Lima.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad boleh ditonton menerusi siaran Astro Ria (104) pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain