BUKAN sahaja mengambil mengambil anak angkat, penyanyi Datin Alyah juga memberitahu dia telah menjadi ibu susuan kepada bayi diberi nama Nur Izzara itu.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, 44, berharap tidak timbul sebarang keraguan mengenai hak anaknya itu dalam keluarga mereka terutama hubungan dengan suami iaitu pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
"Saya dah susukan Zara (Izzara). Jadi antara Zara dan Tok Ram (Ramli) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.
Izzara rezeki bermakna buat Alyah.
"Harap selepas ini dapat memberi jawapan kepada pihak yang sering mesej saya berkenaan hal ibu susu," katanya.
Alyah memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram miliknya berserta video dia bersama anaknya itu ketika mereka berkunjung ke sebuah kawasan pantai.
Dalam pada itu, penyanyi ini juga memaklumkan Izzara mempunyai pertalian darah kerana bayi itu merupakan anak saudaranya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alyah kongsi cerita pemilihan nama anak angkat, dapat ilham dari sebuah restoran di R&R Ayer Keroh
ARTIKEL BERKAITAN: Terserlah sisi penyayang seorang bapa, Alyah tunjuk video Ramli MS berbual dengan anak
"Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri.
"Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta maaf banyak-banyak kepada yang bertanya di mana saya ambil Zara dan bagaimana nak ambil anak angkat," ujarnya.
Dalam masa sama, Alyah juga berkongsi pandangan bahawa mengambil anak angkat merupakan satu tanggungjawab besar.
Alyah mengumumkan mengambil anak angkat tahun lalu.
"Nasihat saya jangan ikut kata orang atau apa rasa hati kita mahu. Sebab yang kita jaga ini ialah jiwa dan nyawa. Besar tanggungjawab ini... tak mudah.
"Sebelum apa-apa keputusan dibuat mohonlah pada Yang Maha Kuasa," jelasnya.
Pada Jun tahun lalu, Alyah mengumumkan kehadiran orang baharu dalam hidupnya iaitu Izzara ketika dia mengadakah majlis aqiqah buat bayi berkenaan.
Untuk rekod, Alyah dan Ramli berkahwin pada 2013 di Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!