BAGI merealisasikan permintaan peminat, pempengaruh dan penyanyi Luqman Podolski akhirnya menyiapkan lagu berjudul M*** yang dihasilkan 11 tahun lalu.
Luqman atau Luqmanul Haqim Kamaruddin, 27, lagu tersebut pada asalnya hanya sebuah karya ringkas berdurasi seminit dicipta untuk kandungan media sosial.
Katanya lagu itu turut dimuatkan menerusi Extended Play (EP) pertamanya berjudul Kau Apa Sebenarnya yang sudah pun berada di pasaran sejak 24 Januari lalu.
EP Luqman boleh dilayari di Spotify, Apple Music dan YouTube Music.
"Lagu itu pernah mendapat sambutan peminat sehingga banyak permintaan agar saya menjadikan ia sebuah lagu penuh.
"Demi memenuhi impian pendengar saya menyiapkan M*** untuk semua pendengar untuk dimuatkan dalam EP pertama saya," katanya.
Apa lebih istimewa, lagu berjudul Aku Dah Tak Percaya turut mendapat kerjasama bersama penyanyi dan komposer Zynakal.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tegur rasa berat” - Luqman Podolski bukan sombong tapi pemalu, susah jadi orang introvert
ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy balas DM Luqman Podolski, selamba salahkan penganjur - “Saya diundang maka itu anda dapat”
Kongsi Luqman, Aku Dah Tak Percaya merupakan antara lagu yang memberikan ‘pengalaman’ memandangkan dia pernah memberikan demo tersebut kepada beberapa rakan penyanyi lain sebelum itu.
“Sebenarnya telah memberikan demo tersebut kepada mereka tetapi tiada respons yang diterima. Mungkin mereka anggap lagu berkenaan tidak sesuai atau terlambat memberikan persetujuan.
“Saya berterima kasih kepada Zynakal yang akhirnya bersetuju dan menganggap lagu ini kena untuk kami sama-sama berkolaborasi, maka terhasil Aku Tak Percaya,” katanya.
Saya berterima kasih kepada Zynakal.
LUQMAN PODOLSKI
PENYANYI
Bercakap mengenai EP Kau Apa Sebenarnya, Luqman memberitahu dia akhirnya mampu menarik nafas lega apabila EP itu menemui peminat sejak 24 Januari lalu selepas beberapa tahun disiapkan.
Luqman turut menyifatkan EP tersebut sebagai satu penanda aras kepada perjalanan seninya dalam memuaskan hati peminat.
"Sebenarnya saya sudah kumpul banyak material sejak di awal kemunculan dahulu.
Luqman menyiapkan lagu M*** versi penuh demi peminat.
"Ada yang sudah dilancarkan dan ada pula disimpan bagi mencari masa tepat sebelum 'dihidangkan' kepada pendengar," katanya.
Selain M*** dan Aku Tak Percaya, EP tersebut turut memuatkan empat lagi lagu iaitu Tak Sedar Diri, Salahkah Aku?, Tiba-Tiba dan Rahsia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!