suria

Jenazah anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dikebumikan, suasana sayu iringi perjalanan akhir

Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 9.30 pagi.

JENAZAH anak bongsu kepada pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dikebumikan pada pukul 9.30 pagi, Rabu.

Bayi berusia enam bulan bernama Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Pada petang Selasa, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha berkongsi berita anak bongsunya itu telah meninggal dunia menerusi Instastory miliknya.

Ayu 2

Situasi di Tanah Perkuburan Islam Makan Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Zaquan tidak berkongsi punca kematian anaknya itu.

Tidak lama kemudian, pelakon Rozita Che Wan memaklumkan Aisy meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 1 petang.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKIATAN: Anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha meninggal dunia

ARTIKLE BERKAITAN: Anak saudara ‘pergi’ ketika sedang tidur, Rozita Che Wan sedih dapat berita pemergian arwah

Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain