MENJAGA anak kecil bukan perkara mudah malah setiap ibu bapa pastinya berdepan cabaran berbeza dalam mendidik dan menjaga mereka.
Itu dirasai penyanyi Azzam Sham yang mula menyedari kesukaran dan cabaran bergelar seorang bapa apabila mempunyai anak sendiri.
"Banyak cabaran nak besarkan anak, barulah sedar macam mana susahnya ibu bapa besarkan saya dulu," katanya kepada mStar.
Personaliti Azzam berbeza dengan ayahnya.
Azzam atau Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 28, berkata, cabaran paling sukar membesarkan anaknya adalah ketika berada di tempat awam.
Jelasnya, walaupun bapanya tegas dalam mendidiknya namun disebabkan karakter mereka berbeza Azzam lebih suka menggunakan cara lebih tenang.
"Apabila anak suka lari sana-sini memang susah nak kawal dan kadang-kadang memang mencabar terutamanya apabila ditempat awam.
"Saya memang dibesarkan oleh seorang bapa yang tegas tetapi personaliti saya bukan seperti itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Buat gimik pun tak siapa peduli, Azzam Sham ada terfikir tinggalkan dunia seni
ARTIKEL BERKAITAN: Azzam Sham selamat bergelar bapa... peluang teman isteri di dewan bersalin pengalaman paling berharga
"Saya biasanya memang akan kawal dengan lebih banyak bersabar kalau anak buat perangai," katanya.
Azzam memberitahu antara cara dia mengawal anaknya ketika berada di tempat awam adalah dengan membenarkan anak perempuannya menonton YouTube Kids menerusi telefon bimbit.
Sedar mungkin ada berlainan pendapat mengenai cara itu tetapi bagi Azzam ia tidak akan menjadi negatif jika ibu bapa memantau kandungan ditonton anak-anak.
"Walaupun ada kata tak elok tapi itu antara cara saya ingin alihkan perhatian anak dengan memberinya telefon untuk tonton YouTube.
Azzam kawal apa yang anaknya tonton di YouTube.
"Pada saya okay sahaja kalau kita tapis kandungan ditonton anak-anak sebab banyak sahaja pilihan video yang baik dan bermanfaat.
"Alhamdulillah setakat ini perkembangan anak tidak terganggu malah lebih baik berbanding usianya," ujarnya.
Untuk rekod Azzam berkahwin dengan penyanyi Sheryl Shazwanie pada pada 1 Januari 2022.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Azzalea Safiyya yang kini berusia 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!