suria

Syiling bertaburan, pelanggan tak nampak gerai... Amir Raja Lawak dakwa disihir, pekerja kerap sakit

Amir dakwa dia disihir selepas menemui syiling di kedai makannya.

GARA-GARA menemui beberapa keping syiling di sekitar gerai miliknya di Stadium Kota Bahru, Kelantan, pelawak Amir Raja Lawak mendakwa ada individu cuba melakukan perbuatan sihir terhadap dirinya.

Mula menyedari perkara itu sejak dua bulan lalu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, berkata dia menemui banyak duit syiling yang ditabur di sekitar lokasi perniagaannya.

"Dalam dua bulan lepas lagi tapi baru tergerak nak kongsi kepada umum, sangat mustahil duit terjatuh.

NP - 2025-02-12T122058.291

Amir terjumpa syiling di hadapan kedai makannya.

"Saya jumpa syiling di sekitar penutup lubang utama dan di bawah papan penutup lubang," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Amir lagi, pelbagai perkara mistik turut berlaku terhadap dirinya antaranya mudah berasa mengantuk apabila ingin membuat siaran langsung bagi mempromosikan perniagaan menerusi saluran TikTok.

"Saya selalu promosikan gerai saya di media sosial dan selalu akan tiba-tiba memgantuk macam tak bagi saya promosikan gerai.

"Kalau tidak buat siaran langsung saya okay saja, tak rasa mengantuk teramat sangat.

ARTIKEL BERKIATAN: Amir Raja Lawak sedia terima ‘job’ berlakon, boleh bawa watak orang cacat atau mangsa dera

ARTIKLE BERKAITAN: Amir Raja Lawak dah biasa kena ‘bahan’, sikit pun tak terasa hati gurauan kasar Lando

"Sebelum ini ada juga saya mengalami demam yang teruk tapi Alhamdulillah sekarang sudah membaik," luahnya.

Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripada pandangan mata pelanggan.

"Staf saya kerap demam, sakit kepala dan badan. Beberapa pelanggan yang mahu ke gerai saya juga beritahu gerai saya tutup sedangkan buka seperti biasa," kongsinya.

Saya jumpa syiling di sekitar penutup lubang utama dan di bawah papan penutup lubang.

AMIR RAJA LAWAK

PELAWAK

Bagi mengatasi perkara itu, Amir memberitahu dia mengamalkan doa-doa ringkas sebagai pendinding diri.

Malah, dia juga sedang mendapatkan rawatan perubatan Islam kerana tidak mahu kejadian tersebut semakin melarat.

Amir bagaimanapun enggan menuduh sesiapa sebagai pelaku memandangkan mempunyai hubungan baik dengan semua peniaga di medan selera itu.

NP - 2025-02-12T122132.430

Antara komen yang melihat kedai makan Amir sentiasa tutup.

"Sekarang tengah ikhtiar juga secara perlahan sebab tak nak melarat. Saya pun tak nak menuduh sesiapa kerana tiada masalah dengan peniaga di sini.

"Tapi setakat ini saya jalankan saja perniagaan saya seperti biasa, apa yang jadi kemudian hari saya berserah kepada Allah SWT," katanya lagi.

Sebelum ini, tular video TikTok yang memaparkan Amir memperlihatkan lantai gerainya bersepah dengan syiling di atas lantai sekali gus meluahkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain