suria

Bella Dally belum terfikir kembali berlakon, perlahan karier bukan sebab fokus dapat zuriat

Bella kini fokus kepada perniagaan.

LEBIH empat tahun tidak muncul dengan sebarang projek lakonan, aktres Bella Dally belum terfikir kembali aktif dalam dunia seni buat masa ini.

Bella atau Nabila Ali Dally, 34, juga menidakkan spekulasi kononnya dia memperlahankan karier seni demi memberi fokus mendapatkan zuriat selepas enam tahun berkahwin.

"Bukan satu masalah besar pun kalau ada orang nak buat spekulasi. Jika ada nanti saya akan kongsi.

bella 2

Suami memberi sokongan penuh untuk Bella terus berlakon.

"Saya belum terfikir soal anak sebab buat masa sekarang memberi fokus kepada bidang perniagaan," katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dia sekali lagi diberi kepercayaan sebagai duta koleksi jenama berkenaan bersama dua lagi selebriti lain iaitu Datin Lisa Surihani dan Uyaina Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dally kini isteri Arif Izuddin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak risau benda belum jadi, Uqasha Senrose minta bukti ke mahkamah syariah

Dalam pada itu, Bella memberitahu suaminya juga tidak pernah menghalang dia terus aktif berlakon namun berehat daripada dunia seni adalah pilihannya.

"Lakonan saya letak tepi dulu tapi kalau ada cerita atau watak menarik saya akan pertimbangkan.

"Suami pun beri kebenaran saya ceburi apa sahaja bidang dan tak halang kalau saya mahu terus berlakon," ujarnya.

Lakonan saya letak tepi dulu tapi kalau ada cerita atau watak menarik saya akan pertimbangkan

BELLA DALLY

PELAKON

Tidak meletakkan sasaran tempoh rehat, Bella juga percaya pada rezeki sekiranya mendapat kepercayaan produser.

Dia juga enggan memikirkan akan hilang kelompok peminat jika lama tidak muncul dengan karya baharu.

"Saya pun tidak meletakkan sasaran sampai bila akan kembali berlakon semula. Sudah lebih 10 tahun saya berlakon, sekarang mahu cuba benda baru dan mencabar.

bella 3

Lisa (kiri), Bella dan Uyaina sebagai duta jenama Ariani.

"Tidak pernah rasa risau sekiranya orang cakap saya sudah hilang," jelasnya.

Untuk rekod Bella mendirikan rumah tangga bersama Arif Izuddin pada Mac 2019.

Ini merupakan perkahwian kedua Bella selepas bercerai dengan aktor Nazim Othman pada 2 Mei 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain