SEKIAN lama menyepi daripada industri seni, penyanyi Ariff Bahran berkongsi punca dia memilih untuk memperlahankan karier muziknya.
Kata Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, dia berasa kecewa terhadap industri muzik yang penuh dengan kepalsuan dan ketidakadilan.
Baginya, dunia muzik tidak seindah seperti yang dipaparkan di media sosial, sebaliknya penuh dengan tekanan.
Netizen mempersoalkan bakat Ariff.
"Terima kasih untuk hantaran ini. Kepada yang kata potensi terbuang (wasted potential) dan saya tak nak menyanyi lagi.
"Baiklah.. industri ini sangat toksik dan berat sebelah. Tidak seindah yang anda lihat dalam media sosial," katanya.
Ariff berkongsi perkara itu sebagai menjawab persoalan peminat yang berpendapat bakatnya kurang dihargai.
ARTIKEL BERKAITAN: Tipu minta duit untuk beli ‘Birkin’, tapi isteri Ariff Bahran guna bayar tempahan Porsche
ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu jantina anak kedua, Ariff Bahran mula ‘shaking’... Sedar tanggungjawab lebih besar
Dalam pada itu, Ariff berterima kasih kepada semua yang masih mendengar dan menyokong karyanya sebelum ini.
"Terima kasih untuk sokongan anda," ujarnya.
Untuk rekod, Ariff mendirikan rumah tangga dengan Amira Syazwani pada 3 September 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Mikhael, 3, dan Lyla Marissa yang kini berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!