suria

Anzalna mudah kasihan dengar cerita sedih, 5 tahun tunggu kawan-kawan bayar hutang – “Mungkin sudah meninggal kot”

Anzalna malu mengemis wang sendiri.

PELAKON Anzalna Nasir terpaksa menanggung kerugian gara-gara sikap murah hati meminjamkan wang kepada rakan-rakannya.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, ada di antara mereka berhutang dengannya sejak lima tahun lalu dan masih belum ada tanda-tanda mahu membayar kembali wang dipinjam.

Kata Anzalna dia pula berasa malu untuk meminta kembali wang miliknya selain enggan bersikap seperti penggemis.

Anzalna turut menerima nasib seperti Zizan Razak.

Anzalna turut menerima nasib seperti Zizan Razak.

“Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta sebab ingatkan mereka boleh fikir sendiri tapi masing-masing senyap.

“Dah lima tahun senyap, mungkin sudah meninggal kot sebab itu senyap sahaja,” katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memuat naik artikel mengenai pelawak Zizan Razak yang mengalami kerugian jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan beberapa pihak termasuk kenalan rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna tak paksa anak-anak kerja, jadi model sekadar cipta kenangan waktu kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir tak percaya pembantu rumah, jaga sendiri anak-anak sejak mereka lahir - “Terlepas ‘job’ beratus ribu pun tidak mengapa”

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memberitahu dia mudah rasa simpati apabila rakan-rakan lamanya muncul meluahkan kisah sedih mereka.

Malah dia tidak menyangka mereka mempunyai niat tertentu apabila menghubunginya.

Anzalna bagaimanapun tidak berkongsi lanjut jumlah kerugian yang dialaminya.

anzalan_3Anzalna muda rasa simpati dengan kisah sedih.

"20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.

"Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain