suria

Syafiq Farhain sambut anak kedua, kongsi tarikh lahir sama

Syafiq teruja kongsi tarikh lahir sama dengan anak kedua.

PENYANYI Syafiq Farhain berkongsi khabar gembira isterinya iaitu Alia Nadia selamat melahirkan bayi kedua mereka pada petang Rabu. 

Bayi perempuan seberat 2.86 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 1 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu.

Lebih istimewa lagi anak keduanya ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Syafiq iaitu 19 Februari. 

syafiq_3

Syafiq dan isteri luah rasa syukur anak kedua selamat dilahirkan. 

“Memang sangat-sangat istimewa. Awal doktor beritahu mungkin akan bersalin pada 20 Februari, tapi tak sangka baby keluar sehari awal. 

“Lepas ini bolehlah kami sambut ulang tahun bersama,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Syukur isteri dan bayi dalam keadaan baik, namum Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, 32, meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat menemani isteri ketika proses bersalin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain dapat anak perempuan, isteri sempat ikut ke lokasi penggambaran MV sebelum bersalin 

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain akhirnya kongsi foto anak, elak desas-desus masih bujang

Dia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hanya dimaklumkan oleh ibu mentuanya selepas bayi tersebut selamat dilahirkan. 

“Saya dah hantar isteri balik kampung seminggu lalu dan dua hari kemudian dia ada beritahu rasa sakit. Saya yang dari KL terus pecut balik, tapi tidak bersalin. 

“Kemudian awal pagi Rabu isteri dah mula rasa sakit lagi, tetapi dia tak maklumkan. Hanya beritahu sekitar pukul 9 pagi. Ketika itu saya terus ambil cuti dan balik kampung. 

Rezeki dapat anak kedua ini. Saya tahu selepas ini akan lebih sibuk

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

“Rasa ralat juga tak dapat nak teman isteri ketika bersalin. Apa pun yang penting semuanya selamat,” ujarnya. 

Tambah Syafiq dia juga sedar tanggungjawabnya sebagai bapa selepas ini lebih besar memandangkan anak sulung juga baru berusia 2 tahun. 

Isteri Syafiq akan menghabis tempoh berpantang di Terengganu sebelum kembali ke Kuala Lumpur. 

syafiq_2

Syafiq bersama anak sulungnya, Eshal. 

“Rezeki dapat anak kedua ini. Saya tahu selepas ini akan lebih sibuk. Anak sulung pun masih kecil, jadi kena beri fokus kepada kedua-duanya. 

“Isteri akan berpantang di kampung sebab jadual kerja saya pun tidak menentu. Di sana ada orang yang boleh menjaga,” jelasnya. 

Untuk rekod Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.

Anak sulung mereka iaitu Nur Eshal Zahra dilahirkan pada 6 Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain