suria

Bayaran Anna Jobling masih sama, utama projek Malaysia walau popular di Indonesia

Anna dedah menerima bayaran sama walaupun sudah berlakon di luar negara.

RAMAI menyangka pelakon Anna Jobling semakin 'demand' dalam soal tawaran dan bayaran sejak namanya semakin dikenali di Indonesia.

Menyangkal tanggapan tersebut, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, sebaliknya menjelaskan kadar bayaran lakonannya belum berubah dan masih sama seperti sebelum ini. 

Malah jelas Anna, dia juga masih mengutamakan projek di negara sendiri memandangkan di sinilah kariernya bermula.

Untitled_design_(13)Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di KLCC pada Khamis.

“Walaupun sudah berlakon di Indonesia, kadar bayaran lakonan saya di Malaysia tetap sama, tidak ada yang berubah.

“Malah saya sentiasa mengutamakan tawaran di Malaysia sebab di sinilah akar dan permulaan kerjaya saya.

“Jika dapat tawaran di Indonesia saya bersyukur tetapi pada akhirnya Malaysia tetap menjadi tempat saya kembali,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar industri perfileman Indonesia lebih terbuka, Anna Jobling letak syarat jaga sensitiviti budaya Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling makin laris di Indonesia, terima tiga lagi tawaran filem selepas ‘Lembayung’

Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Tomei Raya Keepsakes yang berlangsung di KLCC pada Khamis.

Bercakap pengalaman berlakon di Indonesia, Anna mengakui perbezaan budaya dan bahasa membuatkan dia sukar menyesuaikan diri.

Pun begitu, dia beruntung kerana sentiasa mendapat layanan baik daripada kru produksi yang menganggapnya seperti keluarga sendiri.

Malaysia tetap menjadi tempat saya kembali

ANNA JOBLING

PELAKON

“Kru produksi di sana layan saya dengan sangat baik dan menganggap saya seperti keluarga sendiri walaupun ada perbezaan daripada segi bahasa dan budaya.

“Kalau mereka layan saya buruk, saya sendiri pun tak mahu bekerjasama dengan mereka lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Anna memberitahu dia ada bercadang mengembangkan lakonan di negara lain namun buat masa ini belum ada sebarang tawaran.

Untitled_design_(16)Meskipun menerima kadar bayaran sama, Anna tetap mengutamakan lakonan di Malaysia.

Disebabkan itu, dia memberi fokus kepada projek di Malaysia dan Indonesia.

“Setakat ini belum ada lagi tawaran berlakon selain dari Malaysia dan Indonesia,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain