suria

Dolla, Tobii kolaborasi dalam ‘Bad Girls Like You’ versi bahasa Inggeris, peluang lebar sayap peringkat antarabangsa

Dolla mahu tampil di peringkat antarabangsa selepas bekerjasama dengan Tobii.

KOLABORASI Dolla bersama penyanyi dari Thailand iaitu Tobii dilihat satu peluang keemasan untuk kumpulan itu memperluaskan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Kata salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby, 25, proses rakaman lagu Bad Girls Like You bersama Tobii berjalan lancar sekaligus membuktikan keserasian antara mereka.

"Ia satu penghormatan bagi kami. Saya rasa pasukan kami dan Tobii bekerjasama dengan baik serta mereka menjemput kami untuk bergabung dalam lagu Bad Girls Like You dalam versi Inggeris.

Dolla gembira dapat bekerjasama dengan Tobii.

"Kami sangat bersyukur atas jemputan ini dan sangat teruja menjadi sebahagian daripada lagu ini. Harap ini akan membawa lebih banyak kolaborasi antarabangsa dengan artis lain pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, kolaborasi lagu Bad Girls Like You bukan sekadar peluang Dolla mencuba sesuatu yang baharu tetapi juga memperkukuhkan identiti kumpulan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun menunggu akhirnya impian Dolla tercapai, konsert sulung pukau ribuan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla tak pernah lupakan Syasya, sentiasa dalam ingatan - “Harap dia gembira lihat kami”

Malah Tabby turut memuji sikap profesional Tobii sebagai seorang rakan artis yang berbakat dan individu yang sangat baik.

"Ia adalah pengalaman yang hebat untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya untuk Dolla. Lagu ini sangat sesuai dengan kami.

"Kami bertemu dengan Tobii sebelum ini dan dia seorang yang sangat baik," ujarnya.

Dolla berharap dapat meluaskan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, versi asal Bad Girls Like You oleh Tobii telah mencetuskan fenomena di TikTok dengan lebih 3.9 juta klip dihasilkan pengguna dan mencapai lebih 54.3 juta tontonan.

Kejayaan ini turut memperkenalkan bunyi AfroBeats Tobii kepada pendengar global yang membuka ruang lebih besar untuk muzik Asia Tenggara.  

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain