PELAKON Eyka Farhana seolah-olah memberi gambaran bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila meraikan acara 'bachelor party' bersama beberapa orang rakan artis.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok milik pengacara Yaya Zahir, Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, diraikan oleh teman rapat sambil memakai selempang bertulis 'bride to be'.
Dalam hantaran berkenaan, Yaya atau Zuhairah Zahir, 34, meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang bersama-sama meraikan pelakon berkenaan menjelang hari bahagia.
Eyka memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang.
"Malam yang menyeronokkan meraikan rakan kami, Eyka," tulisnya.
Selain Yaya, rakan artis termasuk Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Puteri Aishah dan Alicia Amin antara yang dilihat bersama-sama aktres berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat sudah tidak sabar menunggu hari bahagia Eyka selain memuji kecantikan rakan-rakan artis yang menjadi teman baik pelakon drama Budak Tebing ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan simpan rahsia, Eyka Farhana kini tunang Akhyar Rashid
ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh
"Wah, dah nak kahwin ke?
"Kalau semua jadi bridesmaids nanti confirm, boom! Cantik weh semua," tulis netizen.
Bagaimanapun, usaha mStar mendapatkan kenyataan lanjut daripada Eyka tidak berhasil apabila mesej dan panggilan dibuat tidak dijawab.
Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan sudah bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid.
Eyka berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.
Eyka dan Akhyar bertunang pada Ogos tahun lalu.
Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram memperlihatkan sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020.
Sebelum ini, Eyka menafikan dia sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!