suria

Ellie Suriaty sanggup datang hospital jumpa ibu Imran Bard, anggap video permohonan maaf tak ikhlas

Ellie mahu jumpa sendiri ibu Imran.

PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty tegas dengan pendiriannya mahu ibu dan bapa kepada pempengaruh media sosial iaitu Imran Bard tampil memohon maaf. 

Malah Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berkata dia sendiri sanggup datang bertemu sekiranya benar seperti yang dimaklumkan oleh Imran bahawa ibunya kini sedang menerima rawatan di hospital. 

"Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah.

Imran tampil mohon maaf sebagai respons sidang media Ellie. 

"Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Ellie diminta mengulas respons yang dibuat Imran selepas dia mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan pada petang Khamis. 

Dia bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf Imran kerana menganggap kenyataan menerusi hantaran video yang dibuat tidak ikhlas. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Content’ Imran Bard calar nama Ellie Suriaty, tuntut ibu bapanya datang mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf makcik” - Imran Bard respons permintaan Ellie Suriaty, ibu dalam wad tak dapat mohon maaf

"Saya tak harap permohonan maaf dari dia. Video itu nampak dia macam tak ikhlas. 

"Dia yang buat content aibkan nama saya. Jadi kenapa perlu saya jumpa dia dan bertanya? Lebih baik saya jumpa ibu bapa dia," ujarnya. 

Dalam pada itu, Ellie juga menyedari timbul pelbagai tanggapan daripada netizen selepas dia tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap video dimuat naik Imran itu. 

Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud

ELLIE SURIATY

PELAKON/PENGARAH

Malah sebagai orang berpengalaman dalam dunia seni, Ellie tidak melihat kandungan video yang dibuat oleh Imran itu merupakan satu parodi atau hiburan. 

"Orang kutuk dan maki, tetapi mereka tidak duduk dalam situasi saya. Cuba bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sebegitu. 

Ellie ketika sidang media meluahkan rasa kesal terhadap Imran. 

"Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud," tegasnya. 

Pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap telah mencemarkan namanya. 

Ellie anggap perbuatan Imran cemarkan nama baiknya. 

Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Dalam kandungan video berkenaan, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.

Selepas Ellie mengadakan sidang media mengenai perkara itu, Imran tampil memberi respons dan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain