HAMPIR 10 tahun lalu, perkahwinan pelakon Anzalna Nasir dan suami iaitu Hanif Zaki pernah menjadi fenomena apabila majlis resepsi bertemakan Royal British & Fairytale penuh kemewahan.
Turut mendapat perhatian, gaun pengantin rekaan Cosry digayakan Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, diinspirasi daripada animasi Barbie ‘Mariposa & The Fairy Princess’
Pelakon drama Adam Hawa ini tampil berani membuat kelainan dengan memilih gaun berwarna-warni tidak seperti kebiasaaan pasangan pengantin yang memilih rona putih untuk busana perkahwinan mereka.
Tidak hanya itu, doorgift resepsi perkahwinan Anzalna juga ditaja oleh jenama kosmetik terkenal iaitu Dior.
Gaun pengantin Anzalna (kanan) pernah menjadi bualan satu ketika dahulu.
Disebalik kemewahan majlis resepsi berkenaan, rupa-rupanya Anzalna menyimpan rahsia dia turut menggayakan barangan kemas bernilai lebih RM30 juta pada malam tersebut.
Kata Anzalna, sebelum ini dia tidak mendedahkan perkara itu kerana barangan kemas yang digayakan bukan miliknya tetapi tajaan.
"Malam resepsi saya pakai barangan kemas bernilai lebih RM30 juta tapi tak dicerita kepada media sebab bukan milik saya pun (tajaan).
"Tak suka berlagak kalau pinjaman saja, hehe! Tetapi rezeki kahwin dapat hadiah cincin berlian daripada penaja," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir seru wanita jangan takut bersuara isu keganasan rumah tangga... “Lelaki sejati tidak akan naik tangan”
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna tak paksa anak-anak kerja, jadi model sekadar cipta kenangan waktu kecil
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon drama Adam Hawa ini turut mengimbau kembali saat majlis pernikahan dia dan suami disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Kata Anzalna, dia merupakan artis kedua yang mendapat liputan pernikahan secara langsung di televisyen selepas penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Throwback sikit sempena anniversary kami. Masa kahwin dulu, majlis kami disiarkan secara langsung di TV3.
Anzalna dan Hanif meraikan ulangtahun perkahwinan ke-9.
“Saya selebriti kedua yang TV3 cover selepas perkahwinan TokTi (panggilan Siti).
"Rezeki kan Alhamdulillah bukan senang tau. Inilah orang cakap rezeki. Sumpah gementar! Nasib baik Hanif (suami) sekali lafaz sahaja, kalau tak memang malu," ujarnya.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!