suria

‘Lelaki Terakhir’ trending di YouTube, peminat harap Fattah Amin ke AJL tahun depan

Fattah tak sangka lagu terbaharunya berjaya trending di YouTube.

JIKA sebelum ini nyanyian pelakon Fattah Amin dikritik sebagai sumbang malah ada menjauhi bidang nyanyian, tetapi kali ini nampaknya berbeza.

Percubaan Fattah tampil dengan single terbaharu berjudul Lelaki Terakhir nampaknya membuahkan hasil apabila mendapat sambutan luar biasa pendengar.

Lebih istimewa apabila lagu tersebut ketika ini sedang berada di carta trending di YouTube dan sudah pun mendapat lebih 50,000 tontonan dalam tempoh dua hari. 

Lagu Lelaki Terakhir sangat bermakna buat Fattah.

Kejayaan itu juga membuatkan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, terharu kerana Lelaki Terakhir merupakan lagu sangat bermakna yang menggambarkan dugaan percintaan penuh cabaran.

“Ia satu pencapaian bermakna bagi saya dan memang langsung tak sangka ia dapat sambutan baik pendengar sampai trending di YouTube.

“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran.

“Tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatima manja seperti biasa, luahan dah tak sayang Fattah Amin sebab merajuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada istilah menunggang” - Fattah Amin tak jaja kisah peribadi, sudah tertulis rezeki murah selepas bercerai

Bercakap mengenai penghasilan lagu tersebut, Fattah memberitahu bukan mudah menyiapkan Lelaki Terakhir namun sokongan ramai membuatkan dia bersemangat menyelesaikan rakaman.

Malah aktor itu berharap pendengar akan tersentuh dan mendapat inspirasi setiap kali mendengar lagu berkenaan.

“Perjalanan menghasilkan lagu ini bukan mudah tetapi sokongan peminat yang memberikan dorongan membuatkan saya bersemangat terus berkarya.

“Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar,” ujarnya.

Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran.

FATTAH AMIN

PELAKON

Lelaki Terakhir adalah ciptaan komposer dan penerbit Mel Ramlan manakala lirik adalah daripada Fattah sendiri.

Lagu tersebut turut dipilih menjadi runut bunyi drama bersiri lakonan Fattah berjudul Keluarga Itu yang akan ditayangkan bermula 28 Februari ini di TV3.

Sementara itu, menerusi ruang komen di YouTube, ramai turut memuji vokal Fattah semakin baik berbanding sebelum ini kurang memuaskan.

Ramai percaya dengan teknik dan latihan yang betul, Fattah mampu pergi jauh dalam bidang nyanyian.

Peminat puji nyanyian Fattah.

Malah ramai tidak terkejut sekiranya Lelaki Terakhir bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) tahun depan.

“Saya dah play 30 kali! Confirm lagu ini juara AJL tahun depan!

“Fattah boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian tapi perlu usaha lebih lagi. Syabas Fattah!

“Semoga Fattah menjadi 'Lelaki Terakhir' untuk seorang wanita yang menghormati dan menyayangi seikhlas hati kerana Allah SWT,” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain