suria

Rita Rudaini faham maksud tersirat Ellie Suriaty, cara Imran Bard mohon maaf tidak beradab... Lebih sopan panggil ‘Puan’ bukan ‘Makcik’

Rita anggap cara permohonan maaf Imran sebagai tidak beradab.

KETIKA isu pelakon Ellie Suriaty dan Imran Bard hangat diperkatakan, aktres Rita Rudaini menganggap pempengaruh itu tiada adab ketika membuat permohonan maaf.

Malah kata Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, penggunaan perkataan 'Makcik' sebagai pengganti nama Ellie turut dianggap tidak sopan.

“Dia (Ellie) bukan makcik awak (Imran), lebih sopan kalau gunakan Puan, cara minta maaf pun tiada adab,” katanya.

Rita berkongsi pandangannya di Instastory.

Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Rita menjelaskan dia faham maksud tersirat Ellie apabila aktres itu meminta ibu bapa Imran datang berjumpa dan meminta maaf kepadanya.

Rita berpendapat hanya mereka yang bijak akan memahami maksud di sebalik permintaan Ellie itu.

“'Saya nak mak ayah Imran datang minta maaf', hanya yang bijak sahaja akan faham maksud tersirat Ellie,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidid Marcello tegur influencer jaga adab buat ‘content’, kurang senang tonton video mohon maaf siap ketawa

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf makcik” - Imran Bard respons permintaan Ellie Suriaty, ibu dalam wad tak dapat mohon maaf

Sementara itu, tegas Rita, Ellie juga tidak memerlukan bantuan seorang pempengaruh menaikkan popularitinya kerana nama pelakon itu sudah gah dalam industri seni.

Malah kata Rita, pelakon sepertinya dan Ellie dikenali ketika zaman media sosial tidak berkembang pesat seperti hari ini.

“Ellie tak perlu influencer naikkan nama dia, nama Ellie dalam industri sangat besar.

“Cuma zaman kami semua naik dahulu belum ada media sosial,” jelasnya.

Saya nak mak ayah Imran datang minta maaf', hanya yang bijak sahaja akan faham maksud tersirat Ellie.

RITA RUDAINI

PELAKON

Malah Rita sempat menitipkan pesanan agar seorang manusia itu jangan rasa diri terlalu hebat walaupun mempunyai wang mahupun pendidikan tinggi.

Sebaliknya seseorang itu perlu menitikberatkan soal adab dalam kehidupan. 

“Kaya dan belajar tinggi macam mana pun kita tapi kalau adab itu tiada, jangan rasa diri itu hebat,” ujarnya.

Isu Ellie dan Imran hangat diperkatakan di media sosial.

Pada Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya. 

Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Imran tampil memberi respons dengan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf dan bersikap acuh tidak acuh dalam video dihasilkan di TikTok miliknya.

Bagaimanapun, pelakon itu tegas dengan pendiriannya dan sanggup datang ke hospital untuk berjumpa dengan ibu kepada Imran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain