suria

Senaman ekstrem Kay Khydir bukan suka-suka tapi demi Shiha Zikir

Ulang merupakan hadiah Shiha buat Kay.

DEMI Shiha Zikir, penyanyi Kay Khydir sanggup melakukan senaman ekstrem demi mendapatkan berat badan ideal untuk penggambaran muzik video lagu duet mereka berjudul Ulang.

Kay atau Nur Khaidir Muhid, 36, berkata, pengorbanan itu berbaloi kerana dengan bentuk tubuh lebih sasa dapat menyerlahkan elemen muzik berinspirasikan Pop Latin yang diketengahkan dalam muzik video berkenaan.

“Saya membuat persiapan berbulan-bulan untuk mendapatkan berat badan ideal untuk penggambaran muzik video Ulang. 

shiha_2

Shiha dan Kay bergandingan buat kali pertama dalam Ulang.

"Penjagaan makanan saya ketika itu sangat ketat diikuti rutin senaman harian yang lebih ekstrem berbanding biasa," katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai kerjasama dengan Shiha, Kay menganggap ia sebagai kenangan terindah dalam kariernya.

Shiha bukan sahaja komited terhadap apa dilakukan malah turut menyukai konsep diketengahkan bersama Arul Ariffin Baharun dalam muzik video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir gagal kawal sikap panas baran, pernah terbalik meja di kedai makan... Isu remeh pun boleh ‘trigger’ kemarahan

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula… “Rasa puas dapat kongsi rezeki”

“Proses menyiapkan video muzik lagu ini adalah kenangan indah yang tak dapat saya lupakan.

“Kerjasama dengan warga kerja Shiha Zikir Empire (SZE) memang seperti sebuah keluarga," jelasnya.

Tampil dengan imej elegan dan berani, Shiha memberitahu dalam muzik video itu dia berjaya menampilkan sisi berbeza.

Untuk lakonan, saya sebenarnya teringin cuba watak air mata.

SHIHA ZIKIR 

PENYANYI

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata dia seronok dapat mencuba sesuatu baharu termasuk membawa watak sebagai 'Bond Girl'.

“Watak ala Bond Girl itu adalah hasil idea daripada Arul, saya suka tetapi hanya untuk muzik video Ulang itu saja.

“Kalau untuk lakonan, saya sebenarnya teringin cuba watak air mata yang boleh meninggalkan impak kepada penonton. 

kay_1

Kay anggap kenangan terindah dapat berkerjasama dengan Shiha.

"Saya mahu lakonkan watak yang boleh buat orang menangis pula, harap ada rezeki suatu hari nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha berkata lagu Ulang merupakan hadiah persahabatan buat Kay selepas memiliki syarikat rakaman sendiri.

Bukan hanya itu, suara Kay juga dikatakan sesuai untuk membawa lagu berkenaan yang kedengaran seksi dan segar.

shihaaShiha suka berkongsi rezeki dengan rakan-rakan.

Karya tersebut digubah serta ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.

“Apabila saya sudah ada syarikat rakaman dan pengurusan sendiri seperti sekarang, kenapa tidak saya hadiahkan Kay satu lagu yang dia suka.

"Dan untuk mencipta memori dengan seorang sahabat, saya pun berduet sama dengannya,”luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain