IBU pengacara Neelofa iaitu usahawan Datin Noor Kartini Noor Mohammed mendedahkan dia disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.
Kartini, 59, memaklumkan dia memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian biopsi pada 17 Februari lalu.
“Saya dapat panggilan kena pergi buat biopsi dan keputusan mamogram waktu tu kurang cantik.
Kartini hidap kanser payudara tahap satu.
“20 Februari kemudian doktor hubungi saya dan beritahu keputusan penuh sudah keluar.
“Doktor didiagnos saya kanser payudara tahap satu,” katanya.
Kartini mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram Doncakap pada malam Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Neelofa kongsi tip murah rezeki, amal Bismillah 787 kali... Ahli akademi minta netizen henti ikut ‘petua’ selebriti
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah nasihat Ameera isu tayang kemesraan dengan Jefri Nichol, Neelofa anggap tak perlu ‘canang’ teguran kepada umum
Malah Kartini juga dilihat tenang ketika berkongsi keadaan kesihatannya malah reda dengan ujian yang sudah tertulis untuknya.
Ditanya mengenai reaksi keluarga, Kartini memberitahu kesemua mereka menangis sehingga suaminya tidak mampu tidur lena mengenangkan penyakit dihidapinya.
Bagaimanapun Kartini menganggap dugaan itu sebagai salah satu anugerah daripada Allah SWT dalam menunjukkan kekuasaan-Nya.
Suami Kartini sukar tidur malam selepas mengetahui isterinya hidap kanser payudara.
“Anak-anak dan suami menangis, suami pula sampai tak boleh tidur.
“Tapi saya anggap penyakit ini sebagai satu anugerah daripada Allah dan tersedar yang orang seperti saya pun boleh dapat kanser,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan Kartini dan mendoakan urusan usahawan tabah melalui ujian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!