suria

Gosip dah bertunang, Amira Othman anggap peminat terlalu teruja nak tengok kahwin Fattah Amin

Amira Othman nafi sudah bertunang dengan Fattah Amin.

PENYANYI Amira Othman tidak mengetahui punca timbulnya gosip mendakwa dia sudah bertunang dengan pelakon Fattah Amin, minggu lalu.

Menjawab mengenai perkara itu, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, menganggap gosip berkenaan hanyalah gurauan dalam kalangan peminat.

“Tentang pertunangan itu saya pun tak pasti dari mana datangnya. Apa yang saya boleh katakan memang tiada pertunangan dengan Fattah. 

Amira jawab spekulasi mengenai dirinya sudah bertunang dengan Fattah.

“Memang terkejut mendengar berita ini. Mungkin ada yang terlalu teruja sehingga ada yang membuat spekulasi begitu,” katanya kepada mStar. 

Amira ditemui ketika majlis sidang media pelancaran Kempen Ramadan Raya Media Prima yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. 

Gosip pertunangan Amira dan Fattah ini menjadi bualan selepas tular di media sosial mendakwa majlis tersebut berlangsung pada 21 Februari lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Fattah Amin tiba-tiba muncul gosip dah bertunang dengan Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman dedah tak jadi kahwin, mengaku tumpang populariti Fattah Amin

Dalam pada itu, Amira berkata dia akur namanya bersama Fattah akan terus dikaitkan selepas kerjasama mereka dalam lagu terbaharu berjudul Bila Nak Kahwin. 

“Saya yang mulakan gimik ini dari awal. Saya terima gosip ini dengan lapang dada sebab tahu apa kesannya. 

“Tak timbul rasa rimas atau marah. Saya tenang berdepan gosip ini. 

“Rasanya Fattah juga sedia berdepan gosip ini. Ini lumrah anak seni,” ujarnya. 

Timbul khabar angin mendakwa Fattah dan Amira sudah bertunang pada Jumaat lalu.

Mengulas mengenai hubungannya dengan ibu Fattah, Amira berkata penampilan sedondon mereka ketika menghadiri majlis agama hanyalah kebetulan.

“Saya pun tak tahu siapa tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. 

“Peminat mungkin mahu menyakat sebab saya dan ibu Fattah pakai baju sedondon,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain