PENYANYI Nadeera Zaini bersyukur apabila rezekinya selepas menjadi Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) semakin mencurah-curah.
Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, AJL39 sedikit sebanyak membantu meningkatkan namanya dalam industri seni selain mula mendapat tawaran kerja lebih banyak berbanding sebelum ini.
"Alhamdulillah ada rezeki selepas AJL, ia pentas berprestij yang membantu dan menolong anak seni seperti saya untuk lebih dikenali.
Nadeera bersyukur rezekinya semakin mencurah-curah.
"Jadi saya sangat bersyukur dengan rezeki Allah bagi selepas dinobatkan sebagai Naib Juara," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, kedudukan kariernya hari ini adalah impiannya sejak menceburi program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada 2012.
Kata Nadeera, rezeki dimilikinya hari ini adalah untuk membantu keluarga dan diri sendiri.
"Inilah yang saya impikan sejak dulu. Niat saya memang nak cari rezeki untuk diri sendiri dan ibu bapa," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Nadeera fokus AJL39, tak layan tuduhan tangkap khalwat... Minta pemfitnah bertaubat!
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Marsha dan Nadeera ‘on point’, patutlah menang AJL39… Ini ‘reaction’ jujur cikgu vokal
Susulan namanya semakin gah, Nadeera memberitahu ia bukan alasan menaikkan harga hanya kerana sudah bergelar naib juara AJL39.
Sebaliknya dia tetap seorang Nadeera yang kekal merendah diri malah setiap tawaran melibatkan bayaran boleh dirunding.
"Tidaklah saya terus minta harga tinggi, soal bayaran bergantung kepada pengurus saya.
"Insya-Allah tiada kenaikan mendadak, semua boleh bincang," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!