SEJAK Isnin tersebar rakaman pempengaruh Rasyidin yang kelihatan cemas ketika sedang duduk di kerusi penonton semasa menghadiri Gempak Most Wanted 2024 (GMW 2024) pada Ahad lalu.
Malah dia juga ditenangkan rakannya ditambah penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandangnya.
Sedar dia menjadi bualan ramai, Rasyidin menjelaskan dia mengalami serangan panik memandangkan dia kurang selesa menghadiri acara besar dihadiri ramai orang.
Rasyidin diberi air agar dapat bertenang.
Rasyidin yang tercalon menerusi kategori Digital Creator Gaya Hidup Tergempak 2024 itu turut meminta maaf kerana merasakan sudah menyusahkan banyak pihak.
"Saya minta maaf untuk malam tadi. Saya ada sebab kenapa saya tak pernah hadir mana-mana acara besar.
"Sebab saya akan menyusahkan semua pihak. Saya minta maaf sekali lagi," katanya
ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery nasihat influencer jaga adab, usah bangga miliki berjuta ‘follower’... Tak semua boleh terima lawak jenaka
ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf makcik” - Imran Bard respons permintaan Ellie Suriaty, ibu dalam wad tak dapat mohon maaf
Rasyidin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.
Kesal dengan apa yang terjadi, Rasyidin berkata dia tidak akan hadir pada mana-mana acara besar selepas ini.
Malah dia berharap dia juga tidak akan tercalon dalam mana-mana anugerah selepas ini.
Kenyataan daripada pihak Rasyidin selepas videonya tular.
"Tapi mungkin itu adalah pertama dan terakhir. Saya mungkin sesuai dalam bilik sahaja.
"Saya harap selepas ini saya tidak akan tercalon dalam mana-mana anugerah," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!