ISTERI pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz sudah berhijrah menutup aurat dengan sempurna.
Kata Nilam, 45, dia mengambil keputusan bertudung sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya dan keluarga.
"Saya memang sudah berhijab sebab Allah beri rezeki. Sebenarnya ada dua pilihan sama ada kita mahu bersyukur atau menjadi lebih fasik.
Nilam terbuka hati untuk berhijrah kerana mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah SWT.
"Jadi saya memilih untuk bersyukur dan membuat keputusan untuk berhijrah (pakai tudung)," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nilam berkata sebelum ini dia sudah membiasakan diri menutup bahagian kepala dengan menggunakan sarung ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Hal demikian membuatkan wanita berkenaan terdetik untuk mengenakan hijab dengan sempurna.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beg kuning’ ditarik akibat perbuatan khianat, isteri Azlan Komeng menangis hasil jualan RM500,000 lesap
ARTIKEL BERKAITAN: Nur Nilam bangga terima anugerah usahawan, Azlan Komeng tak kecil hati dituduh menumpang isteri
"Pada awal bertudung saya tidak pakai tudung seperti ini tetapi hanya memakai penutup kepala berbentuk beruang.
"Sampai satu masa saya terdetik untuk bertudung, saya tidak pandai nak berfesyen seperti orang lain.
"Saya hanya mahu memakai tudung yang selesa. Tak perlu nak berfesyen sangat," ujarnya.
Saya memang sudah berhijab sebab Allah beri rezeki. Sebenarnya ada dua pilihan sama ada kita mahu bersyukur atau menjadi lebih fasik.
NUR NILAM ORTIZ
ISTERI AZLAN KOMENG
Sementara itu, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia tidak pernah memaksa Nilam menutup aurat kerana mahu isterinya itu ikhlas kerana Allah SWT.
Menurut Azlan, dia bersyukur dengan penghijrahan Nilam dan sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha murni isterinya untuk bertudung.
Azlan bersyukur dengan penghijrahan yang dilakukan oleh isterinya.
"Dari dulu konsep saya tidak mahu isteri memakai tudung kerana suami. Biarlah dia bertudung kerana Allah.
"Alhamdulillah daripada awal saya dah cakap dan tidak memaksa kerana biarlah dia menutup aurat dengan seikhlasnya.
"Jadi apabila sudah sampai seru isteri saya ambil keputusan untuk bertudung, saya orang paling bersyukur dan bahagia," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!