suria

15 tahun tak bertegur kerana wanita, Aeril Zafrel dan El Azman akhirnya berdamai

Aeril (kiri) dan El Azman menamatkan persengketaan selepas 15 tahun.

HAMPIR 15 tahun tidak bertegur sapa, pelakon Aeril Zafrel dan usahawan El Azman akhirnya menamatkan perselisihan faham antara mereka.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata perselishan faham mereka disebabkan seorang pelakon wanita yang ketika itu merupakan kekasih hatinya.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka berpisah, El atau Muhd Hilmi Che Azman pula menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan.

Aeril (kanan) dan El Azman (kiri) akhirnya berdamai selepas 15 tahun. 

"Dulu kami (Aeril dan El Azman) rakan sebilik, jadi saya ada kekasih. Tapi direbut, selepas itu kami tidak lagi berkawan," katanya.

Aeril berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung TikTok.

Menerusi video tersebut, selain Aeril dan El turut dilihat Wawa Zainal dan pempengaruh Indonesia iaitu Fujianti.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dan Wawa Zainal persiap diri jadi tetamu Allah, rancang tunai haji tahun ini 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadiah sempena ‘birthday’ dua anak, Wawa dan Aeril Zafrel beri setiap seorang sebuah kondominium

Sementara itu, El pula berkata situasi renggang itu membuatkan mereka membawa haluan masing-masing. 

Katanya buat pertama kali Aeril memeluk dirinya selepas 15 tahun tidak bercakap malah El turut meminta maaf atas kesilapannya itu.

"Selepas 15 tahun, baru dia (Aeril) peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja.

"Disebabkan aku salah, aku minta maaf Aeril kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik," ujarnya.

Kedua-dua sahabat ini bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon wanita berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain