BERITA perkahwinan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana pada 14 Februari lalu mengejutkan banyak pihak terutama peminat setia pasangan berkenaan.
Tiada niat merahsiakan perkara itu, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, sebaliknya sudah merancang untuk mengumumkan berita tersebut pada hari mereka disatukan sebagai suami isteri.
Apa lebih penting kata Syafiq, keputusan mendirikan rumah tangga mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Syafiq ada sebab sorok tarikh perkahwinan dengan Mimi.
“Di hari pernikahan saya hanya buat perkara diperlukan dan semuanya atas restu keluarga.
“Saya hormat pihak keluarga Mimi dan mereka juga menghormati keluarga saya.
“Jadi kami buat keputusana untuk umum tentang perkahwinan kami pada hari pernikahan sahaja,” katanya kepada mStar.
Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan episod akhir drama Gadis Masa di Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Syafiq Kyle santuni bapanya sentuh hati, peminat yakin mampu bahagiakan Mimi Lana
Melalui fasa turun naik ketika bercinta, Syafiq bersyukur apabila hubungannya dengan Mimi berakhir dengan ikatan perkahwinan.
Malah pelakon drama One Cent Thief itu memohon peminat mendoakan perkara yang baik-baik buat rumah tangganya.
“Alhamdulillah disebabkan doa orang ramai membawa saya dan Mimi ke jenjang pelamin.
“Doakan yang baik-baik buat perkahwinan kami,” ujarnya.
Kami sibuk sampaikan nak bercuti pun tak sempat lagi, banyak habiskan masa di Taiping sahaja tempoh hari.
SYAFIQ KYLE
PELAKON
Ditanya mengenai perancangan bulan madu, kata Syafiq jadual kerja mereka sangat padat sehingga bulan akhir Ramadan.
Bagaimanapun Syafiq memberitahu mereka merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Kami sibuk sampaikan nak bercuti pun tak sempat lagi, banyak habiskan masa di Taiping sahaja tempoh hari.
“Lepas ini pula dah masuk Ramadan, jadi kami cadang mungkin selepas raya nanti,” jelasnya.
Syafiq rancang mahu berbulan madu selepas raya.
Untuk rekod, Syafiq dan Mimi mendirikan rumah tangga secara tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat handai di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Dalam perkembangan lain, Syafiq merupakan salah seorang pelakon bagi drama bersiri terbitan Viu Originals iaitu Gadis Masa.
Selain Syafiq, pelakon lain membarisi drama berkenaan ialah Mira Filzah, Tracie Sinidol, Nadia Aqilah dan Haziq Husni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!