SELEPAS beberapa kali tertunda, pelakon Nadiya Nisaa akan berehat seketika daripada sebarang aktiviti membabitkan dunia seni.
Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 40, berkata, dia akan berehat selepas menyelesaikan semua projek yang sudah dipersetujui lebih awal sehingga bulan Jun depan.
"Insya-Allah hasrat hendak berehat daripada bidang lakonan itu masih ada.
"Tapi buat masa sekarang masih ada kerja perlu diselesaikan sehingga bulan Jun nanti.
Nadiya masih ada kerja perlu diselesaikan sebelum berehat daripada lakonan.
"Selepas itu insya-Allah 'seruan' nak berehat itu akan ada," katanya kepada mStar.
Nadiya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Polong yang diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, Nadiya berkongsi keterujaan akan bekerja sepanjang bulan Ramadan apabila akan menjalani penggambaran sebuah drama untuk slot Akasia di TV3.
ARTIKEL BERKAITAN: Nadiya Nisaa luah rasa syukur atas kelahiran Aminah Rose
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nadiya Nisaa meninggal dunia di Madinah
Cerita Nadia, itu juga kali pertama dia berlakon dalam sebuah drama untuk siaran slot berkenaan.
Walaupun terpaksa berkorban masa bersama keluarga sepanjang Ramadan namun Nadiya memandang perkara itu daripada sudut positif.
"Selepas sekian lama, ini tahun pertama saya ada penggambaran pada bulan Ramadan sebab biasanya saya akan kosongkan jadual daripada sebarang aktiviti seni.
Barisan pelakon bagi filem Polong yang bakal menjalani penggambaran pada Mei depan.
"Tapi tahun ini saya akan masuk set penggambaran untuk sebuah drama slot Akasia TV3 dan ia bakal jadi drama pertama saya untuk slot tersebut sepanjang karier saya," ujarnya.
Bercakap mengenai Polong, Nadiya memberitahu filem itu akan menjalani penggambaran pada Mei depan.
Filem menelan kos sebanyak RM3 juta itu katanya akan menjalani penggambaran di tiga buah negeri iaitu Selangor, Melaka dan Johor Bahru.
Selain Nadiya, Polong turut dibintangi oleh Mimi Lana, Nam Ron, June Lojong dan Fad Anuar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!