JENAMA mi segera NONGSHIM SHIN Ramyun menghasilkan K-drama pertama di Malaysia berjudul Salju Di Busan.
Apa lebih menarik, drama tersebut menampilkan dua penyanyi hebat iaitu Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai bintang utama.
Salju Di Busan menggabungkan budaya unik di antara dua negara dengan berlatar belakangkan keindahan Korea Selatan di dalam penceritaan berbahasa Melayu.
Khai (kanan) dan Wany serta Jermyn Yee (TikTok Malaysia) serta Antonio Jo (Naib Presiden NONGSHIM SHIN Ramyun).
Khai atau Khairul Baharuddin, 31, berkata, pengalaman menjayakan projek tersebut adalah sesuatu tidak dapat dilupakan kerana perlu menjalani penggambaran dalam cuaca beku.
Apatah lagi dia dapat menjejakkan kaki buat pertama kali di Busan yang menjadi latar penting dalam drama tersebut.
"Ini pengalaman tidak dapat saya lupakan sebab apabila saya sampai di Korea Selatan saya dapat berjumpa dengan ramai orang yang sangat peramah.
ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar sambut Ramadan di Kuala Lumpur, tak balik kampung elak terkenang arwah ibu
ARTIKEL BERKIATAN: Wany Hasrita penggemar mi segera, tapi bukan bermaksud malas memasak
"Malah semua aktiviti penggambaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
"Setiap saat sangat menyeronokkan dan kali pertama juga saya berlakon dalam cuaca sejuk serendah negatif enam darjah celcius," katanya.
Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Antarabangsa NONGSHIM SHIN Ramyun Korea, Antonio Jo berkata, kerjasama ini dapat mengukuhkan hubungan dengan peminat sekali gus menjadikan ia perjalanan menyeronokkan.
Khai, Wany, Jermyn Yee, Antonio Jo serta wakil TikTok dan NONGSHIM Malaysia.
Manakala Ketua TikTok Malaysia, Zason Wu pula berkata TikTok telah berkembang menjadi salah satu platform hiburan terkemuka di Malaysia, memperkasakan pengguna untuk berkarya dan bercerita secara kreatif.
Salju Di Busan mengisahkan perjalanan Hanna lakonan Wany Hasrita yang merupakan seorang influencer mukbang yang kalah kepada Omar (Khai Bahar) dalam cabaran NONGSHIM Spicy Ramyun di peringkat serantau.
Produk terbaharu keluaran NONGSHIM SHIN Ramyun.
Kemenangan Omar memberikannya tiket ke pusingan akhir di Busan, namun Hanna curiga dengan kemampuannya menahan kepedasan.
Dalam pencariannya untuk membuktikan sesuatu, Hanna akhirnya menemui sesuatu yang lebih bermakna iaitu persahabatan, semangat kesukanan, dan pengalaman luar biasa menyaksikan salji turun di Busan.
Siri ini turut menampilkan lagu tema yang menyentuh hati iaitu Makan Cintaku nyanyian Khai dan Wany sekali gus menggambarkan emosi mendalam sepanjang drama ini.
Sembilan episod Salju Di Busan bakal menemui penonton di TikTok NONGSHIM Malaysia bermula 3 Mac 2025.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!