PERTAMA kali berpuasa tanpa ibu, usaha pelakon Zarina Zainuddin menyediakan hidangan Jepun buat anak usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura dipuji netizen.
Zarina, 55, dilihat berusaha menyediakan juadah sama seperti sering dilakukan Allahyarham Akiko Okumura untuk anak lelakinya iaitu Sky Taizo Okumura.
"Sedih tengok menu itu sebab mesti Sky teringat menu-menu dimasak ibunya.
Zarina (kanan) menerima pujian kerana berusaha menyediakan hidangan Jepun buat Sky (kiri).
"Kak Ina (panggilan Zarina) punya usaha saji makanan untuk Sky lagi buat air mata mencucur laju menangis di pagi Ramadan," tulis netizen.
Masih dalam keadaan terkejut, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, dan Sky turut menginap di rumah Zarina yang juga merupakan anak saudaranya menyambut hari pertama Ramadan.
"Selamat bersahur, hari ini (Ahad) saya dan Sky tidur di rumah kakak sepupu Sky, Zarina," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarina Zainuddin imbau bawa Akiko Okumura peluk Islam, sanggup lupakan harta demi cinta terhadap suami
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada lagi juadah sahur dan berbuka puasa, Ridzuan Ridzokumura ralat tak dapat penuhi permintaan isteri
Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad.
Dalam perkongsian tersebut, usahawan berkenaan turut memuat naik video memaparkan dia sedang mengejutkan anaknya untuk bersahur.
Sebelum itu, menerusi hantaran lain di Instagram Ridzuan memohon doa agar dia dan anaknya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
"Ya Allah berikan aku dan anak aku kekuatan," ujarnya.
Pada Jumaat, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.
Ridzuan memaklumkan Akiko (kanan) meninggal dunia pada Jumaat.
Jenazah Akiko selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!