suria

Masih ingat Ara? Anak Aziz M. Osman sudah 14 tahun, bakal lanjut pelajaran di universiti tahun depan

Ara bakal menyambung pelajaran ke universiti di usia muda.

PASTI ramai ingat dengan anak pengarah Aziz M. Osman iaitu Puteri Azzahra yang cukup petah berbicara di hadapan kamera berkongsi video tutorial solekan dan aktiviti seharian di media sosial.

Kini Azzahra sudah pun berusia 14 tahun dan semakin pintar malah bakal melanjutkan pelajaran di peringkat universiti tahun hadapan.

Cerita Azzahra atau mesra disapa Ara, dia sedang mengikuti program kemasukan ke universiti secara terus atau ‘fast track’ di sebuah sekolah antarabangsa.

Ara merupakan anak sulung Aziz bersama bekas isteri, Puteri Lily.

Ara merupakan anak sulung Aziz bersama bekas isteri, Puteri Lily.

Bagaimanapun dia perlu lulus dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang bakal diambil tidak lama lagi.

“Sepatutnya saya sekarang dalam tahun kesembilan tetapi sekarang sudah melangkau ke tahun ke-11 di sekolah.

“Peperiksaan IGSCE ini macam SPM tapi untuk sekolah British dan insya-Allah tahun depan saya boleh belajar di peringkat universiti," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aziz M. Osman dihujani tawaran berlakon, kenang Mamat Khalid jadi pembuka jalan

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani dia block saya” - Akaun IG bekas isteri disekat Aziz M Osman, masih mesra meskipun sudah bercerai

Dalam pada itu, Ara bercadang menyambung pengajian dalam psikologi kerana meminati bidang itu sejak beberapa tahun lalu.

Kata Ara, dia bercadang melanjutkan pelajaran ke luar negara namun disebabkan usianya masih muda, hasrat itu terpaksa ditunda.

“Saya belajar dulu di Malaysia dan apabila sudah cukup umur barulah saya akan sambung belajar di luar negara,” ujarnya.

Peperiksaan IGSCE ini macam SPM tapi untuk sekolah British dan insya-Allah tahun depan saya boleh belajar di peringkat universiti. 

PUTERI AZZAHRA

ANAK AZIZ M. OSMAN

Sementara itu, Ara yang kini bergiat aktif dalam bidang seni tetap akan memberi fokus kepada pelajaran kerana ingin menamatkan persekolahan lebih awal.

Bagi Ara, pelajaran paling penting dalam kehidupan berbanding perkara lain.

“Apa-apa pun saya nak fokus belajar dulu dan kemudian badu fikir tentang dunia seni sebagai pelajaran itu penting,” katanya.

Ara mahu memberikan fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu.

Ara mahu memberikan fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu.

Untuk info, Ara merupakan anak pertama Aziz bersama pelakon Puteri Lily Lokman. 

Aziz mendirikan rumah tangga dengan Lily pada 6 Jun 2010 namun bercerai pada Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Putera Mohamad Aryan, 7 tahun. 

Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007.

Ara melancarkan lagu raya bersama Alyssa (dari kiri), Cik B dan Qadeejah.

Ara melancarkan lagu raya bersama Alyssa (dari kiri), Cik B dan Qadeejah.

Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. 

Dalam perkembangan lain, Ara muncul dengan lagu raya baharu berjudul Raya GenZ nyanyian bersama anak perempuan usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Qadeejah, Cik B dan Alyssa Dezek. 

Muzik video Raya GenZ sudah boleh ditonton di saluran YouTube bermula 28 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain