suria

Amira Othman jaga solat sejak di bangku sekolah, pelindung daripada perkara dilarang

Amira percaya solat dapat melindungi diri daripada melakukan perkara tidak baik.

JAUH daripada sempurna namun penyanyi Amira Othman percaya dengan menjaga solat dapat menyelamatkan diri daripada melakukan perkara terlarang.

Amira atau Nadia Amira Othman, 32, berkata, sejak di bangku sekolah lagi dia sudah menjaga solat kerana ia bukan sahaja kewajipan sebagai seorang Islam tetapi melindungi dirinya. 

"Saya memang tak baik, saya adalah seorang pendosa tetapi apa pun kena solat. Solat itu tiang agama. Jahatlah macam mana pun kita kena solat. 

Amira berkongsi dia sudah mula menjaga solat sejak di bangku sekolah.

Amira berkongsi dia sudah mula menjaga solat sejak di bangku sekolah. 

"Alhamdulillah saya terapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus tapi memang kita kena solat dan ia perkara paling asas.

"Solat ini banyak menyelamatkan saya dan Alhamdulillah mak ayah memang selalu memantau. Saya sering dipantau walaupun jauh dari keluarga," katanya. 

Amira berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip dah bertunang, Amira Othman anggap peminat terlalu teruja nak tengok kahwin Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman dedah tak jadi kahwin, mengaku tumpang populariti Fattah Amin

Dalam pada itu, Amira sering mengingatkan teman-temannya mendirikan solat kerana ia mampu membawa seseorang ke jalan kebaikan. 

"Kalau kita tersasar melakukan perkara jahat pun insya-Allah kita akan berpatah balik kerana banyak doa dan berkat dalam solat. 

"Saya cerita ini bukan sebab saya baik tetapi saya hanya nak cakap sesusah mana pun perjalanan anda nak jadi orang baik, jagalah solat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain