suria

Munabella dan Namie isi ‘kekosongan’ segmen 3 pagi Era

Namie dan Muna ceriakan pagi pendengar Era buat sementara waktu.

SEGMEN 3 pagi Era menampilkan Munabella dan Namie bagi menggantikan Nabil Ahmad, Azad Jasmin serta Radin yang kini direhatkan selepas didakwa mempersenda upacara agama lain.

Munabella merupakan penyampai yang mengendalikan segmen Chingu Era pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 malam.

Manakala Namie pula, merupakan mengisi slot Sabtu Pagi Era bersama Hawa Rizwana pada pukul 7 hingga 10 pagi.

Antara aksi penyampai radio Era yang tular.

Tidak hanya itu, sepanjang bersiaran pihak Era juga mengeluarkan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dengan menyatakan kekesalan dan permohonan maaf disebabkan konten sensitif yang hangat menjadi bualan sejak Selasa.

“Kami di Astro Audio melahirkan rasa kekesalan dengan insiden yang telah menyakitkan dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak melibatkan tiga penyampai radio Era.

“Kami amat menghargai maklum balas, teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai 3 pagi Era direhatkan serta-merta, Fahmi Fadzil minta SKMM jalankan siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Tarian didakwa persenda agama, Era dan penyampai 3 Pagi mohon maaf

“Kami akan memastikan setiap kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara terperinci terhadap tiga penyampai radio itu selepas tular video menyaksikan mereka menari seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

Susulan itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin.

Malah pihak Era termasuk ketiga-tiga penyampai  berkenaan sudah  membuat secara terbuka yang dimuat naik di semua sosial media rasmi stesen berkenaan.

Isu ini timbul selepas salah seorang penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dilihat sakan meniru satu aksi tarian berkaitan keagamaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!