PENYANYI dan pelakon Sabhi Saddi memberitahu dia sudah merancang untuk bersara daripada industri seni penghujung tahun depan.
Sabhi, 41, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia mahu memberikan ruang kepada generasi baharu untuk lebih menyinar.
"Saya akan hentikan karier menyanyi dan berlakon tak lama lagi.
Sabhi rancang berhenti menyanyi dan berlakon.
"Mungkin pada hujung tahun depan adalah kali terakhir saya bekerja dalam dunia seni.
"Pandangan saya adalah lebih baik beri laluan kepada pendatang baharu," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Sabhi memberitahu pemergian rakan baiknya iaitu Allahyarham Jojo menjentik hatinya untuk fokus pada amalam akhirat.
ARTIKEL BERKAITAN: Terima markah terendah, Sabhi Saddi dan Fareed PF salah buat percaturan di pentas ‘Famili Duo’… “Kami tak mahu sama saja”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit ini bukan datang dari sesiapa tapi Allah nak beri” - Sabhi Saddi
Bukan itu sahaja, dia juga akan mengutamakan perniagaan yang dijalankan sebagai punca pendapatan selepas berhenti bergelar anak seni.
"Pemergian arwah Jojo memberi kesan kepada saya untuk seimbangkan hal dunia dan akhirat.
"Selain daripada itu saya akan lebih fokus pada bidang perniagaan sebagai punca utama pendapatan selepas ini," jelasnya.
Sabhi antara selebriti terlibat di Selangor Havoc Raya Fest 2025.
Dalam perkembangan lain, Sabhi antara artis yang terlibat dalam sebagai peniaga dalam Selangor Havoc Raya Fest 2025.
Acara yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) selama 108 jam tanpa henti itu akan bermula daripada 21 hingga 25 Mac depan.
Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan melancarkan lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran acara itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!