suria

Hanya pengganti sementara, Namie harap deejay ‘3 Pagi Era’ dapat kembali bertugas

Namie titip kata semangat buat penyampai 3 Pagi Era.

DIPILIH menjadi pengganti segmen 3 Pagi Era, pelawak Namie menjelaskan kehadirannya hanya bersifat sementara dan akan kembali kepada tugas asal selepas keadaan kembali pulih.

Namie atau Najmi Shaharudin, 29, juga berharap tiga penyampai asal 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin dapat kembali bertugas seperti biasa tidak lama lagi.

Kata Namie, keadaan di konti terasa sunyi sejak mereka semua digantung tugas susulan kontroversi mempersenda upacara agama lain.

Namie harap penyampai 3 Pagi Era kembali bertugas.

“Tugas saya hanya menggantikan sementara. Harap maklum ya.

"Konti ini pentas dan rumah mereka. Kekok rasanya bila ganti sebab mereka bercuti dengan ganti asbab kejadian ini. Cepat pulang ya,” katanya.

Namie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai 3 pagi Era direhatkan serta-merta, Fahmi Fadzil minta SKMM jalankan siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima 44 laporan, deejay ‘3 Pagi Era’ ke Bukit Aman bantu siasatan persenda upacara agama

Menerusi hantaran tersebut, Namie masuk ke bilik konti untuk bersalaman tiga rakan sekerjanya itu namun ia sepi tanpa penghuni.

Dalam pada itu, Namie turut memberi semangat kepada rakan-rakannya agar tetap kuat dengan ujian dilalui.

“Kepada abang-abang saya Radin, Nabil dan Azad, kalian berjiwa besar dan sudah buat apa sepatutnya dilakukan. Orang sudah mula nampak kebenaran," katanya lagi.

Pada Rabu lalu, Nabil, Radin dan Azad dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan penularan video mendakwa mereka mempersenda upacara agama lain.

Video yang menjadi perbualan ramai.

Pihak Astro Audio pula dalam tindakan segera merehatkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut sehingga siasatan kes selesai.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio iaitu pengendali stesen radio Era FM dan diberi tempoh 30 hari untuk memberi maklum balas. 

Susulan itu, pihak Astro Audio mengambil maklum berhubung kenyataan dikeluarkan SKMM dan akan memberikan kerjasama penuh dan akan menyediakan maklum balas seperti diminta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain