ISTERI pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh kembali membalas kenyataan suaminya itu yang berhubung isu rumah tangga mereka.
Menganggap Shuk cuba putar belit kenyataan, Fara, 33, juga menggelarkan suaminya itu sebagai pengecut dan berpura-pura.
"Loser, pengecut, fake. Manusia bermuka-muka. Bulan puasa sepatutnya kena ikat, tapi terang-terang itulah diri kau.
"Allah itu ada Shuk. Lambat atau cepat Allah mesti balas segala apa yang kau buat selama ini," luahnya.
Luahan Fara di Instagram.
Fara menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Hantaran tersebut menjawab kepada kenyataan Shuk yang bersumpah tidak pernah menganggap isterinya sebagai beban.
Dalam perkongsian tersebut juga Fara mendakwa Shuk cuba berselindung di sebalik identiti seorang rakan dan cuba memburukkan dirinya.
"Kau berani sumpah laknat biarpun benda itu kau buat. Aku kenal sangat luar dalam. Kau guna akaun kawan kau burukkan aku tu apa?
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuk Sahar bersumpah tak pernah cakap isteri beban, pilih diam isu rumah tangga enggan keruhkan keadaan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha perbaiki rumah tangga, isteri fail cerai terhadap Shuk Sahar
"Kau biarkan kawan kau mengata aku macam-macam sampai semua screenshot WhatsApp kita kau beri kawan itu," ujarnya.
Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, ketika bertemu mStar juga memberitahu tidak mahu mengulas lanjut tentang isu isterinya sudah memfailkan cerai.
Malah dia turut memaklumkan panggilan sudah disekat dan tidak dapat berhubung dengan isterinya.
Shuk pilih langkah berdiam dan enggan ulas kemelut rumah tangga.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!