BERMULA dengan hanya gurauan, pelakon Sharifah Shahirah mendapat peluang untuk kembali bersiaran sebagai deejay di stesen radio Era FM.
Kata Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, pihak stesen radio tersebut sudahpun menghubunginya meminta dia menghadiri sesi uji bakat dan memulakan siaran percubaan.
Tidak memberikan sebarang kata putus, menurut Shiera sebarang kemungkinan boleh berlaku pada Isnin depan.
Gurauan di Instagram memberi tuah buat Shiera.
"Mereka ada hubungi saya untuk datang uji bakat dan cuba bersiaran. Kita tunggu sajalah Isnin nanti.
"Saya pun masih berfikir-fikir lagi," katanya ketika dihubungi mStar.
Sheira sebelum ini meninggalkan komen menawarkan diri mengantikan tempat tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin yang kini direhatkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahirah tak sambung kontrak bersama Suria FM
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sambung kontrak bukan ‘disambar’ stesen radio lain, Sharifah Shahirah mahu rehat jaga cucu
Komen tersebut bukan sahaja mendapat respons Era FM, malah ramai dalam kalangan peminat juga meluahkan rasa teruja untuk dia kembali bertugas selepas menamatkan perkhidmatan dengan stesen Suria FM pada 15 Februari lalu.
Tambahnya dia terbuka mencuba sesuatu yang baharu memandangkan dirinya kini banyak masa terluang.
"Kata mereka ganti sementara sahaja. Apa salahnya memandangkan sekarang bulan Ramadan, saya pun susah nak tidur lepas sahur. Bolehlah bersiaran pagi.
Kita tunggu sajalah Isnin nanti
SHARIFAH SHAHIRAH
PENYAMPAI RADIO
"Tak salah cuba persekitaran baru. Mungkin ini rezeki Ramadan," ujarnya.
Dalam masa sama dia juga tidaklah memberi kata setuju secara percuma seperti mana komen ditinggalkan.
Shiera juga perlu meneliti tawaran diberikan sekiranya pihak stesen tersebut benar-benar mahu dia bersiaran.
Shiera sedia kembali bertugas.
"Kerja secara percuma itu sekadar 'pancing' perhatian sahaja. Bila mereka dah hubungi saya kenalah tanya harga," ceritnya.
Nabil, Azad dan Radin sebelum ini direhatkan susulan kontroversi berkaitan sebuah video tarian yang dianggap mempersendakan agama lain.
Segmen 3 Pagi Era kini dikendalikan oleh Namie dan Munabella.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!