suria

Jarang berlakon bukan tiada tawaran, Salina Saibi tengah seronok berniaga 

Salina mahu fokus terhadap diri sendiri dahulu

CUKUP jarang wajahnya menghiasi drama di televisyen, pelakon Salina Saibi bukan sudah tiada tawaran sebaliknya dia sendiri banyak menolak kerana ingin memberi fokus kepada diri sendiri.

Kata Salina, 43, faktor perlu bekerja tidak tentu masa sehingga lewat malam di lokasi penggambaran juga membuatkan dia menghadkan aktiviti seni buat sementara waktu. 

Ini kerana kata Salina, pada usianya sekarang dia lebih mengutamakan kualiti tidur dan masa bersama keluarga di rumah.

Salina menghadkan aktiviti seni.

"Ada sahaja setiap bulan saya dapat tawaran berlakon tapi mungkin dah selesa berniaga dan kerja di rumah, jadi saya mahu bertenang sekejap.

"Saya nak rehat daripada kena pergi set penggambaran berlakon sampai pukul 4 pagi.

"Umur pun sudah 40-an, memang nak kena jaga kualiti tidur dan utamakan masa dengan keluarga," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk bekerja sampai diserang vertigo, Salina Saibi terpaksa ‘serah diri’ ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia cakap jangan risau, dia okay!”... Salina Saibi tanya khabar Syamsul, katanya masih sayang keluarga

Salina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan majlis berbuka puasa Starvendors di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Salina berkata, dia juga enggan menerima tawaran lakonan yang memberikan watak sama.

Malah jelas Salina faktor usia juga memainkan peranan kerana dia sukar memberikan komitmen seperti dahulu. 

"Lagipun saya tak mahu berlakon watak yang sama atau karakter biasa-biasa sahaja.

Salina terlibat memeriahkan festival Starvendors pada Mac ini.

"Nak beri komitmen lagi memang tidaklah, mungkin faktor usia yang semakin meningkat memainkan peranan keputusan saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Salina antara 50 selebriti yang terlibat dalam memeriahkan festival Starvendors yang diadakan pada 20 hingga 24 Mac ini.

Acara itu juga akan berlangsung di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain