suria

Ben Ladin bakal timang anak sulung, isteri sedang hamil aktif kerja tak tahu duduk diam

Ben dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama

BAKAL menimang cahaya mata pertama, penyanyi Ben Ladin mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya.

Kata Ben atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 24, isterinya iaitu Anna Shida terlalu aktif sepanjang kehamilan walaupun sudah dinasihatkan untuk banyak berehat.

"Ben bawa pergi klinik sebab tidak berpuas hati. Hadirnya malaikat kecil dalam rahim seorang isteri yang sentiasa ada untuk Ben.

Ben dedah isterinya sudah hamil sejak hujung tahun lalu.

"Sekarang dia makin berisi dan tak tahu duduk diam. Ibu bapanya suruh dia banyak berehat, tapi dia banyak kerja nak dibuat," katanya menerusi satu hantaran Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Ben memberita pada awal kehamilan isterinya itu berdepan dengan beberapa alahan.

Malah, wajah Anna juga berbeza sehingga isterinya terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Burasak penyatu hubungan dengan isteri, masakan buat Ben Ladin jatuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami - “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”

"Masa hujung tahun 2024, dia sangat tak suka bau Ben dan dapur, tapi dia tetap juga nak memasak. Tawaran penggambaran dan reviu semua dia tolak.

"Masa awal-awal ramai yang tegur muka Anna kusam sampai ke mana-mana pun dia pakai pelitup muka," ujarnya.

Dalam pada itu, Ben memberitahu mereka terlalu teruja untuk menimang cahaya mata sehinggalah isterinya itu kerap melakukan ujian kehamilan.

Ben mahu memiliki anak, tidak mahu melakukan perancangan keluarga.

"Ben memang cakap nak ada anak terus, tak payah merancang apa-apa, tapi beberapa bulan selepas perkahwinan Anna kerap check tapi belum ada rezeki.

"Selepas itu, dia kerap sakit, demam dan tak sihat. Dia makin kurus sampai tahap hilang berat badan yang ketara. Tapi kuasa Allah ni tiada tandingan, isteri sangat positif," katanya.

Untuk rekod, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain