suria

‘Tum Tum Raya’ dah viral, penonton puji MV lagu Shiha Zikir lain macam

Shiha terharu apabila lagu Tum Tum Raya mendapat sambutan pendengar.

SELEPAS lebih seminggu dilancarkan di semua platform digital, nampak ramai yang mula bercakap mengenai lagu raya baharu nyanyian Shiha bersama kakaknya iaitu Ieda Zikir. 

Bukan sekadar mendapat pujian dalam kalangan peminat, malah ada juga memberi respons lagu berjudul Tum Tum Raya itu sudah sudah melekat dalam kepala dan menjadi siulan mereka setiap hari. 

Ditambah pula, muzik rancak dan lirik catchy membuatkan lagu ini menjadi pilihan pendengar.

Lagu Tum Tum Raya menerima pelbagai reaksi netizen.

"Dah 100 kali dengar, suka sangat. Tak sabar nak raya. 

"Pertama kali dengar dah ulang dua kali," komen netizen. 

Tidak cukup dengan itu, video muzik (MV) lagu ini juga antara yang mendapat tontontan tertinggi di saluran YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: MV ‘Tum Tum Raya’ dikata kurang sopan, Shiha Zikir cari kelainan bawa elemen komedi

ARTIKEL BERKAITAN: Best dengar Tum Tum Raya Shiha Zikir tapi mana nilai sopan santun?

Sudah menerima lebih 150,000 tontonan sejak dilancarkan, rata-rata memuji kelainan dibawa Shiha menerusi karya kali ini.

Menggabungkan teknik 'fast cut' dan 'slow motion' Shiha berani tampil berbeza untuk menghidupkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. 

"Tak tahu nak dengar lagu ke nak tengok MV. Semuanya menarik. Tergelak tengok sampai habis.

"MV raya paling best. Ada elemen lawak dan sangat ceria," komen penonton. 

Shiha mahu beri hadiah kepada peminat.

Sementara itu, bagi merancakkan lagi promosi lagu ini, Shiha juga memuat baik satu video demostrasi tarian berkenan untuk ikutan pengikut Instagram miliknya dengan tanda pagar #tumtumrayadancechallenge. 

Bagi peminat yang berani menyahut cabaran berkenaan, Shiha bakal memilih pemenang bertuah dan mereka akan menerima hadiah istimewa termasuk duit raya. 

Lagu tersebut merupakan ciptaan Shiha sendiri dengan kerjasama komposer Ajay Amai dan Napie Hassan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain